free counters

Monday 9 January 2012

Umno Memerintah Negara Dengan Baik

KEPIMPINAN KERAJAAN MALAYSIA PERLU DITUKAR SEGERA


Kuala Lumpur, 9 Jan : Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul hari ini menegaskan pihaknya semakin risau akan keadaan dalam landskap politik negara Malaysia berpaksikan setiap yang berlaku sepanjang tahun 2011.

Menurutnya, pelbagai peristiwa penting berlaku dalam kamus politik negara yang pasti dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Pelbagai ragam kerakusan pemerintah, rasuah yang berleluasa, keganasan pihak polis dan pembongkaran penipuan dan kezaliman pihak kerajaan terhadap rakyat menjadikan kisah 2011 dilihat begitu tragik dalam lipatan sejarah negara.

“Gelora 2011 tidak hanya menyaksikan kezaliman dan penindasan kerajaan terhadap rakyat dan negara, malah turut menyaksikan suatu proses penentangan dan kebangkitan luar biasa rakyat dalam menuntut hak dan pemurnian dalam sistem demokrasi Malaysia.

“Kebangkitan ini tidak hanya di kalangan rakyat biasa semata malah tidak kurang kebangkitan hebat daripada golongan mahasiswa di kampus yang bangkit menuntut kebebasan berakademik.”, ujarnya dalam satu kenyataan.

Kerajaan ‘seronok’ permainkan rakyat

Namun ulasnya lagi, semakin hebat rakyat dan mahasiswa bangkit serta tampil menyuarakan tuntutan dan kebenaran, semakin galak dan keras tindakan yang dikenakan oleh pihak kerajaan.

“Perlaksanaan Akta Himpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini dilihat sebagai satu pencabulan hak terhadap kebebasan berkumpul dan berhimpun bagi rakyat Malaysia.

“Ditambah pula dengan keengganan tegas pihak kerajaan yang secara kerasnya tetap mahu meneruskan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti sebagai undang-undang rasmi di semua institusi pengajian tinggi kerajaan, yang secara jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.”, tambahnya.

Beliau yang juga siswa tahun tiga Sarjana Muda Pendidikan Islam UM turut menyatakan tindakan tegas dan tangkapan beramai-ramai rakyat yang terlibat dalam himpunan Bersih 2.0 Julai lalu juga dilihat sebagai satu penyalahgunaankuasa pihak kerajaan dalam mengekang kebangkitan rakyat Malaysia.

Kerajaan gagal urus ‘emosi rakyat’

“Juga, ketidakmampuan pihak kerajaan dalam mengawal budaya samseng di kalangan ahli parti sendiri akibat insiden turun bendera berwajah muka Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak di hadapan Bangunan UMNO baru-baru ini.

“Selain itu, gejala sosial yang semakin meningkat, kes-kes pembunuhan, kejatuhan prestasi negara dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pembangunan negara, memperlihatkan ketidakmampuan pihak kerajaan sedia ada dalam mengurustadbir negara, mengawal tingkahlaku penguasa dan pegawai kerajaan.

“Ia satu bukti jelas memperlihatkan kegagalan pihak kerajaan hari ini dalam menguruskan konflik dan kehendak rakyat.

“Tanggal 1 januari 2012 lalu menyaksikan satu lagi insiden ganas berlaku di mana dua orang mahasiswa mengalami kecederaan teruk akibat dipukul pihak polis, di samping 17 mahasiswa ditahan hanya kerana ingin berkumpul dan menyuarakan hak dan tuntutan secara aman.

“Insiden ini secara jelas membuktikan, pihak kerajaan sedia ada sudah tidak mampu mentadbir negara Malaysia.

Desak Perdana Menteri digantikan segera

“Justeru, saya Mohd Taufiq B Abdul selaku Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional mendesak agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak meletakkan jawatan segera diatas alasan ketidakmampuan beliau dalam meneruskan urustadbir negara Malaysia.

“Sekiranya beliau terus memerintah, kita bimbang keadaan negara akan lebih parah dan lebih ramai rakyat Malaysia terus dizalimi dan ditindas.

“Kita mahukan pemimpin negara yang lebih adil, cekap dan profesional dalam menguruskan keperluan rakyat dan memacu pembangunan negara Malaysia tercinta.”, tegasnya yang turut menggesa rakyat menukar kepada kepimpinan baru yang lebih baik dan berkarisma dalam pilihanraya umum akan datang. –GZDaily


_____________________________________

RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAHUKAN PEMERINTAHAN YANG ADA SEKARANG..

RAKYAT MALAYSIA MAHU BERUBAH..TIDAK MAHU BERADA PADA TAMPUK YANG LAMA..

RAKYAT PERLU SEDAR..UMNO TELAH BANYAK MENIPU RAKYAT MALAYSIA..

JANGAN LAGI MENJADI ORANG YG BODOH DAN TIDAK TAHU MENILAI..

JANGAN DISEBABKAN BR1M TU MENYEBABKAN KORANG MENYOKONG MEREKA DENGAN SETIA..ITU DUIT KORG JUGAK..BUKAN DUIT MAK BAPAK DIORANG..HAHA..FIKIRLAH SKIT..

UMNO TIDAK LAGI LAYAK MEMERINTAH DI NEGARA INI..

UMNO-BN TIDAK LAGI RELEVAN BAGI ANAK MUDA..ANAK MUDA MAHUKAN PERUBAHAN

ANAK MUDA.KITA PERLU SEDAR..JANGAN LAGI BERGANTUNG HARAP KEPADA MEREKA..

UMNO JATUH TERSUNGKUR DI PRU 13...


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment