free counters

Tuesday 29 May 2012

MONGOLIA KECAM NUAR BERAHIM DAN MERAJUK TAK NAK DEBAT

MONGOLIA BERANI GUNA MEDIUM 
GUNA AR TEE EM, GUNA TB TIGE, GUNA UTOSAN MELOYA DAN BERITA HAIRAN,
TAPI GAGAL UNTUK BERDEBAT
KALAU DEBAT NANTI MAU TERKUCIL RASANYA,
MASA TU BARU TAU SIAPA YANG RETORIK SIAPA REALISTIK
ANAK MUDA MAHU KE PEMIMPIN YANG TAKUT MACAM NI ?
YANG TAK BERANI NAK BERDEBAT?




Najib hanya berani di gelanggang sendiri-harakah


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hanya berani berani bercakap melalui medium yang dikuasainya untuk mengutuk Pakatan Rakyat.

Timbalan ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sikap Najib yang mengutuk segala dasar dan tawaran Pakatan Rakyat dari belakang dan enggan berdepan dalam pentas debat untuk mendengar jawapan balas adalah sikap seorang penakut.

"Beliau bebas bercakap apabila tidak ada pihak yang mampu menjawab langsung hujah beliau di atas pentas tersebut manakala media pula dikawal beliau sepenuhnya.

"Beliau hanya lantang bersuara dalam gelanggang miliknya tetapi kecut apabila diajak berdebat satu lawan satu dengan musuh politik beliau," katanya.

Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataannya di media mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mencabar Najib berdebat untuk beliu menjawab segala tuduhan Najib secara berdepan dengan hujah dan fakta.

Tetapi sehingga kini, Najib terus mengelak dan tidak menjawab cabaran berdebat dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu.

"Jika benar tuduhan PM bahawa PR hanya janji populis, DPPWP mencabar PM supaya menerima pelawaan debat antara beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tuduhan beliau perlu dilemparkan di pentas berdebat dan juga peluang mendengar hujah balas daripada PR berkenaan tawaran mereka. Barulah rakyat kenal siapa yang retorik, populis dan siapa pula yang bersikap realistik," kata Suhaimi.

No comments:

Post a Comment