free counters

Thursday, 31 May 2012

MONGOLIA GUNA 2 JUTA UNTUK ARTIS K-PUP DI HARI BELIA ?







RM2 juta untuk bawa artis K-Pop kepada belia? -HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Seorang blogger, Amno World mendakwa dalam blognya, Kerajaan Malaysia membayar RM2 juta untuk membawa artis dari  Korea, K-Pop ke himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini.

Dengan menunjukkan resit tuntutan dari pembekal untuk program ini, blog itu menunjukkan senarai tuntutan yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak dapat pastikan adakah bil tuntutan dari syarikat StadiumFirst Sdn Bhd ini benar atau tidak.

Dalam tuntutan itu bertarikh 21 Mei itu, StadiumFirst menuntut 70 peratus dari bayaran penganjuran Himpunan Sejuta Belia itu dari kementerian yang diterajui Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu.

Tuntutan itu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk
Mohid Mohamed untuk Hari Belia Negara 2012 berjumlah RM15.1 juta.

Tindakan kerajaan BN memasukkan persembahan K-Pop disifatkan sebagai satu tindakan melampau demi untuk menarik golongan belia ke perhimpunan itu.

Ia telah mendapat bantahan hatta dari Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang terkenal dengan pandangan yang selalu bersama Umno itu.

Yang dikesali adalah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang turut terkinja-kinja bersama artis yang hanya memakai seluar yang hampir ke pangkal paha itu.

"Najib saya faham tetapi Shabery yang pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ketika belajar dulu amat tidak difahami," kata seorang bekas pelajar UM kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan membelanjakan RM2 juta untuk membawa artis K-Pop bagi menarik belia ke perhimpunan ini satu yang sangat tidak boleh diterima.

"Ketika Shabery menjadi Menteri Belia dan Sukan, saya berharap beliau membawa nafas baru kepada belia negara tetapi nampaknya beliau lebih membenam mereka ke kancah hiburan yang tidak sesuai dengan budaya kita apatah lagi agama kita," kata beliau lagi.

__________________________________________________________________________________

Ini dia hadiah untuk belia.
Ini dia duit rakyat berkecai.
Mongolia menyangap dan guna duit rakyat untuk hiburan.
Ini makanan rohani anak muda.
Mana geng jate asan ale ? Mana aoron asani UMNU ? mana ostaz khir ?
Abu Sapik tolong diam-diam. Terus lawan syiah dan wahabi je okay ?
Cabery tu dah lupa diri.
Sebab tu la pada anak muda yang konon nak masuk umnu dan ubah dr dalam.
Maaf la. 
Memang harapan.
Tengok nuar dulu,
dari ABEM akhirnya ke lantai dansa juga!.
Duit Duit Duit.
macam mana la orang tak makan dekat lorong-lorong kolumpo tu.......

No comments:

Post a Comment