free counters

Thursday 9 February 2012

Shahrizat masih buat muka tak malu

Timbalan presiden Gerakan mahu Shahrizat berundur-Malaysiakini
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menerima satu lagi tamparan - kali ini dari sebuah parti komponen BN - ketika tekanan semakin memuncak terhadap menteri kabinet tersebut supaya berundur.

Hari ini, turut menyertai desakan terhadap Shahrizat itu - ekoran pembabitan keluarga menteri berkenaan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) - ialah Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

NONEDalam satu kenyataan, Chang (kiri) berkata walaupun beliau
amat "bersimpati" dengan Shahrizat yang sedang berdepan dengan serangan yang "tidak adil dan kejam", tetapi tegasnya, Shahrizat sepatutnya melepaskan jawatan menteri demi kepentingan yang lebih besar bagi BN.

Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan rendah hati mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya.

"Beliau boleh kembali semula ke kabinet selepas episod ini selesai dan namanya dibersihkan," kata Chang.

Mengakui bahawa Shahrizat dan keluarganya sepatutnya dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan, Chang berkata, keluarga menteri itu juga perlu menjawab tuduhan terhadap mereka.

Menurutnya lagi, "pengorbanan" oleh menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu akan melepaskan BN daripada "beban" NFC.

NONESementara itu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek (kanan) berkata,
beliau percaya Shahrizat akan mengambil tindakan yang terbaik "demi kepentingan Umno dan BN".

"Beliau adalah seorang pemimpin kanan parti dan kami mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan politiknya," katanya dipetik dalam laporan oleh akhbarThe Star.










___________________________________

HAHAHA..
UNDUR UNDUR..UNDUR SHAHRIZAT..HAHA
RAKAN2 KOMPONEN PON TELAH DESAK SHARIZAT UNTUK BERUNDUR..
BUKAN PEMBANGKANG SAJA YANG DESAK..RAKAN2 KAK IJAT PON DESAK..HEHE..
KAK IJAT BUAT MUKA TAK MALU JE..HAHA..
PENGGUNAAN DANA RAKYAT YANG MEMBUATKAN RAKYAT MARAH DAN BANGKIT..
RAKYAT MAHU SHAHRIZAT BERUNDUR..TETAPI BUKAN SHAHRIZAT SJE..
BN DAN PRTI2 KOMPONEN DEPA KAMI JATUHKAN..
TUNGGU PADA PRU 13...
RAKYAT TIDAK MAHUKAN UMNO-BN MEMERINTAH LAGI..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment