Umno Kelantan mengulangi gesaan supaya Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin lain selepas 21 tahun mentadbir negeri itu.
Perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff Berkata, pemimpin Umno yang dahulunya turut digesa pembangkang berhubung perkara sama - seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - sudah pun berbuat demikian.
"Dulu tanya Tun Mahathir dan Pak Lah bila hendak berhenti. Tetapi menteri besar Kelantan sampai hari ini enggan berundur, walaupun sudah tua," katanya.
Berucap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, Mohd Afandi berkata, sudah sampai masanya kini peluang diberikan kepada orang lain.
Umno dan BN, tambahnya lagi, bila-bila masa bersedia mengambil kembali teraju pemerintahan negeri itu.
Sementara itu, Mohd Afandi juga mendakwa, sepanjang dua dekad PAS memerintah Kelantan, tiada usaha menjadikannya negara berkebajikan seperti yang dicanangkan.
"Selepas 21 tahun, HIV di Kelantan tertinggi di negara ini. Sepanjang
memerintah Kelantan, apa yang dibawa PAS? Ini menjukkan tiada keberkatan," katanya.
Meritokrasi
Sementara itu, wakil Johor Mohd Tahir Mohd Taat pula membangkitkan masalah kurangnya tenaga berkemahiran vokasional di negara ini.
Malah tambahnya, situasi sekarang lebih teruk daripada Burma yang kadar tenaga berkemahirannya sebanyak 41 peratus.
"Malaysia cuma ada 28 peratus tenaga berkemahiran. Jadi, saya mencadangkan politeknik diperbanyak di seluruh negara, satu daerah, satu politeknik," katanya.
Menyentuh soal persaingan Bumiputera dalam pendidikan pula, Mohd Tahir menuntut supaya dasar meritokrasi disemak semula kerana "lebih banyak merugikan".
"Tuan-tuan, mana boleh bandingkan pelajar Bumiputera di Ulu Tembeling atau Orang Asli di Bukit Kepong dengan pelajar di KL. Pulau Penang atau Johor Bahru," katanya.
______________________________________________________
DR. M DGN PAK LAH DLU BERUNDUR SBB DAH X DIPERLUKAN RAKYAT DAN DESAKAN UMNGOK SNDIRI..
NIK AZIZ MASIH DIPERLUKAN..LGPON..APA YG HANGPA TAKOTKAN SGT..HAHA.
DAH GIAN NK AMEK KELANTAN KA..HAHA..JGN BERANGAN LA..
ANAK MUDA TOLAK UMNO
UMNO TUMBANG PRU 13
No comments:
Post a Comment