free counters

Saturday 17 December 2011

Mahasiswa Dipuji


MAHASISWA CIPTA SEJARAH,BERJAYA GEMPUR BANGUNAN UMNO

Kelihatan bendera 'Academic Freedom' berkibar di sebelah bendera Tun Abdullah Badawi di perkarangan PWTC.

Kuala Lumpur, 17 Dis : Seramai 1,000 mahasiswa yang terdiri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) selain bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga berjaya satu lagi sejarah baru yang gagal dicipta mana-mana rakyat Malaysia sebelum ini.

Dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis “Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik”, mereka diberitakan telah berjaya menggempur bangunan milik United Malays National Organisation (UMNO) di PWTC siang tadi.

Tujuan mereka menurut Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan adalah untuk menyerahkan memorandum enam tuntuan BEBAS kepada wakil kerajaan yang kemudiannya diterima oleh Datuk Saifuddin Abdullah.

Namun, apa yang menarik perhatian serta hangat diperkatakan seluruh Malaysia ketika ini adalah ‘simbolik’ penurunan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang berada di tiang hadapan pejabat UMNO Pusat disini.

Dan kemudiannya kelihatan bendera ‘Academic Freedom’ telah dinaikkan dan berkibar beberapa saat sebelum diarahkan turun oleh pihak polis.

Situasi itu dijangka bakal memahat nama mahasiswa dalam arena perjuangan mereka selepas ini.

Polis mesra mahasiswa

Selepas insiden penahanan 15 mahasiswa yang menyertai ‘flash mob’ di KL Sentral Rabu lalu, polis ibu negara hari ini mempamerkan ‘kelainan’ apabila bukan sahaja tidak mengambil tindakan keras, malah membantu perarakan hari ini.

Anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka.

Memetik laporan The Malaysian Insider, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini.

Kesopanan mahasiswa dapat pujian Menteri KDN

Sementara itu, Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Seri Hishammudin Hussein dalam laman twitternya memuji sikap mahasiswa yang berjaya mengawal tingkah laku sepanjang perhimpunan dan perarakan.

“Saya dengar kamu semua amat sopan. Tahniah atas kerjasama kamu semua.”, tulisnya dipetik melalui laman twitter.

SUHAKAM pertikai tindakan mahasiswa duduk atas jalan

Dalam kenyataannya kepada media, Pesuruhjaya SUHAKAM, Md Sha’ani berkata, tindakan kumpulan terbabit duduk di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas merupakan suatu kesalahan undang-undang, tetapi kehendak mereka tidak boleh dinafikan.

“Memang tindakan mereka itu merupakan satu kesalahan, tetapi kita tidak boleh menafikan hak mereka, sebelum ini pun belum ada lagi orang yang ditahan kerana menghalang lalu lintas,” katanya selepas sesi penyerahan memorandum.

Kumpulan mahasiswa dilihat turut bertengkar dengan beberapa pengguna jalan raya termasuk seorang penunggang motosikal yang tidak senang dengan tindakan mereka menghalang lalu lintas dan mengarahkan mereka ke tepi jalan.

“Woi, tepi lah! orang nak pergi kerja, janganlah duduk sini (tengah jalan)”, dan kemudiannya salah seorang daripada peserta demonstrasi menjawab, “aku pun bayar cukai, suka hati lah”. – GZDaily


____________________________________________


SYABAS MAHASISWA YG BERDEMONSTRASI..

ANDA MEMANG BERANI..

TABIK JUGE BUAT POLIS KERANE MEMBERI LALUAN BERDEMONSTRASI KEPADE MAHASISWA..

SEKALI HISHAMUDDIN PN PUJI..HUHU..DIE TERPAKSE PUJI KE ATAU BTOL2 PUJI..HAHAHA..

APEPN..KITE MESTI TOLAK UMNO..



ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment