free counters

Tuesday 6 December 2011

KR1M bermasalah

Menteri: Rakyat masih percaya produk 1Malaysia-Malaysiakini
Rakyat masih percaya kepada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sungguhpun isu penarikan balik 13 produk dari kedai itu cuba dipolitikkan parti pembangkang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ismail sabri universiti malaya 161111Beliau berkata ini terbukti apabila jualan di KR1M meningkat 15 peratus dalam kerancakan pembangkang cuba memburuk-burukkan produk yang dijual di kedai itu.

Ismail Sabri menjelaskan penarikan balik 13 produk KR1M tiada kaitan dengan isu keselamatan atau kebersihan makanan seperti yang digembar-gemburkan parti pembangkang.

"Sebaliknya penarikan balik itu adalah lebih kepada kesalahan pelabelan makanan dan komposisi di bawah peraturan-peraturan Makanan 1985," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan kementeriannya di Kuala Lumpur, semalam.

Sebagai contoh, katanya produk minyak sapi dilabel sebagai "sebatian minyak sapi" tetapi pada label ramuan ditulis minyak kelapa sawit, sapi dan bahan perisa. Sepatutnya dia kena tulis sebatian minyak kelapa sawit dan sapi... tetapi dia tak berniat menipu sebab ramuan ada ditulis pada label," katanya.

Beliau berkata dua daripada 13 produk yang ditarik balik iaitu "ikan sardin dalam sos tomato" (komposisi) dan "krimer sejat" (dahulunya susu sejat) mula dipasarkan semula setelah pembetulan label dibuat.

"Baki produk yang ditarik balik juga akan mula dipasarkan semula dalam masa dua atau tiga minggu selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat," katanya dan menambah kata bahawa 230 lagi produk KR1M berasaskan makanan telah dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk diuji.

NONEIsmail Sabri tidak menolak kemungkinan bahawa kesalahan pelabelan itu tidak disengajakan oleh syarikat pembekal yang terdiri daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan dan memberi jaminan kerajaan akan lebih berwaspada di masa hadapan.

Katanya pihak Kementerian Kesihatan juga telah memanggil 60 usahawan IKS terlibat untuk diberi taklimat, mengenai hal berkaitan pelabelan, tender serta piawaian kesihatan.

Beliau berkata kementerian telah menubuhkan unit pemantau khas dengan kerjasama Kementerian Kesihatan untuk memantau secara rambang produk makanan di semua kedai termasuk KR1M seluruh negara.




______________________________________

KLO BTOL INI BRG X DA KUALITI..

RAMAI2 KITE KASI BOIKOT INI BRG..

JGN KASI PELUANG SAMA MEREKA..HAHA

INI KEDAI LA TEMPAT MEREKA DPT MASYUK..

KLO PR X DA BUKAK CERITA..ABISLA RKYT..

BLI BRG X DA KUALITI..TIRUAN PUNYE..HAHA

DAH KAKI TIPU TU..TIPU JGK LA..HAHA


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment