free counters

Tuesday 20 December 2011

Umno Gagal Menentang Pakatan Rakyat


Najib Altantuya Dan Noh Omar Gagal Jahanamkan Pakatan Rakyat

Jika sudah berhati syaitan, apa saja akan dilakukan untuk menghancurkan kebenaran!


Usaha yang dilakukan oleh juak-juak Umno-APCO Selangor untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan arahan terus dari Pengerusi Badan Perhubungan negeri yang juga Perdana Menteri, Najib Altantuya nampaknya gagal lagi.

Sesudah gagal juga dalam pertempuran Noh Omar yang dikatakan dalang di sebalik video klip yang menghina hudud yang mensasarkan PAS, Umno-APCO mula menyerang kesepaduan dalam Pakatan Rakyat yang kini diterajui PKR.

Apa yang tidak diperhalusi oleh Najib Altantuya dan Noh Omar adalah, serangan bertali arus yang bertujuan untuk melemahkan Pakatan Rakyat sebenarnya hanyalah sia-sia di sebalik jutaan ringgit wang gelap dihabiskan untuk menyara hantu-hantu (baca: lembu-lembu) blogger yang tak henti-henti memfitnah tanpa sebarang fakta kukuh.

Dr Rani sebagai bos PAS Selangor berjaya mematahkan tohmahan bahawa DAP sebenarnya berkehendakkan jawatan Menteri Besar sekiranya meletakkan calonnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Peliknya, tidakkah fakta pilihanraya umum lalu sudah membuktikan bahawa tiada satu pun parti dapat memerintah secara bersendirian?

Harus diingat, Selangor mempunyai 56 kerusi DUN yang mana Pakatan Rakyat memenangi 36 daripadanya, sebelum ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar PKR dan menjadi katak lompat bersama BN.

PKR yang memperolehi 15 kerusi sebelum menjadi 14 tidak mungkin dapat membentuk kerajaan negeri.

Begitu juga DAP yang mendapat 13 kerusi, tidak mungkin berkuasa walaupun dikatakan PKR dan PAS terpaksa mengikut kata Teresa Kok yang menjadi bos DAP negeri.

Hakikatnya, dalam Pakatan Rakyat, tiada siapa yang dominan walaupun dalam soal memilih Menteri Besar, konsensus (muzakarah) bersama diperlukan dan telah bersetuju melantik wakil PKR melalui Khalid Ibrahim.

Itulah bezanya Pakatan Rakyat dengan Barisan Najis yang mana selama 54 tahun memerintah asyik membuli kesemua parti komponennya walaupun terpaksa mengorbankan dasar dan prinsip perjuangan semata-mata untuk terus berkuasa!

Apa saja senjata yang digunakan Najib Altantuya dan Noh Omar untuk mengucar-kacirkan Pakatan Rakyat dalam usaha merampas negeri terkaya di Malaysia ini semuanya sia-sia disebabkan kepantasan maklumat yang diperolehi segera dijawab Pakatan Rakyat dengan fakta dan bukti kukuh siapa dalang yang menyebarkan fitnah yang sengaja diada-adakan.

Hanya dengan talian hayat terakhir menggunakan pendatang tanpa izin yang diberi kad pengenalan untuk mengundi Barisan Najis saja yang mampu menutup malu Najib Altantuya yang berdepan dengan tekanan untuk terus bertahan di Putrajaya sedang kemaraan Muhyiddin Yassin semakin kuat.

Hanya masa yang akan menentukannya.

_____________________________________

HANG BUAT LA APE PN..MESTI TERBONGKAR PUNYE..

MCM SEMBANG RAKYAT TEMPOH HARI..HAHA..

JGN LA CUBE MEN JAHAT..MEN BAIK PON BLEH MENANG LA..HAHA

RAKYAT MAHUKAN PIMPINAN YG ADIL DAN SAKSAMA..X NA YG PECAH AMANAH,RASUAH DAN PELBAGAI LG KERJA JAHAT YG UMNO SELALU BIKIN..

KITE MESTI JATUHKAN UMNO PADE PRU 13..SELAGI MEREKA MEMERINTAH,SELAGI TU RAKYAT MERANE..TUKAR KERAJAAN BARU..MEREKA DA LME MEMERINTAH..JD MEREKA SEPERTI NYANYUK..HAHA


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment