free counters

Monday 19 December 2011

Pekida Lembu umno Yg Sejati

Keluarga Diugut,Adam Adli Sembunyikan Diri

Pulau Pinang, 19 Dis : Situasi terkini seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang bertanggungjawab menurunkan bendera Datuk Seri Najib di PWTC kian genting.

Terbaru, setelah menerima ugutan Pemuda UMNO kawasan Petaling Jaya Utara semalam, beberapa rakan beliau telah dibelasah dan dipukul sekumpulan pemuda di sekitar Kuala Lumpur lewat petang semalam.

Menurut sumber, sekumpulan pemuda berkenaan telah mengesan mahasiswa melalui beberapa gambar dan rakaman video ketika himpunan 17 Disember lalu.

Mereka kemudiannya bergegas mendapatkan maklumat dan setelah itu, mereka diberitakan ingin mendapatkan Adam Adli tetapi menemui jalan buntu.

Namun mereka berjaya menemui rakan Adam yang kemudian dipukul hingga menyebabkan beberapa bahagian badannya calar dan luka kecil setelah rakannya menyatakan tidak mengetahui tempat Adam sembunyikan diri.

Laporan polis diberitakan akan dibuat petang hari ini.

PEKIDA datang rumah Adam

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, satu lagi berita mengejutkan telah terjadi semalam, juga mempunyai kaitan dengan kejadian penurunan bendera Datuk Seri Najib Razak di PWTC tempoh hari.

Menurut satu maklumat yang diperoleh, keluarga Adam Adli yang menetap di Pulau Pinang telah dikunjungi sekumpulan pemuda yang memperkenalkan diri mereka sebagai entiti PEKIDA.

Keluarga Adam yang terkejut dengan kedatangan mereka telah menyatakan kepada sumber berkenaan bahawa mereka telah diugut dan diberi amaran.

“Mereka tidak benarkan anak kami (Adam) pulang ke rumah kerana mereka akan memantau sekitar rumah kami.”

“Jika mereka nampak anak kami berada bersama kami, mereka akan lakukan sesuatu. Kami sangat sedih dan mohon semua doakan keselamatan anak kami.”, ujar salah seorang daripada ibubapa Adam yang dipetik sumber berkenaan.

Diberitakan serangan demi serangan juga telah dilakukan blogger dan facebooker terhadap mahasiswa berkenaan namun setelah dianalisis, golongan mahasiswa dan rakyat Malaysia lebih menyatakan sokongan kepada beliau. – GZDaily


_________________________________________________


DARI CITE NI BOLEH TGK..BETAPE TIDAK MATANGNYE UMNO..

SKET2 PANGGIL TAIKO..KACAU RAKAN2 ORANG YG DIKEHENDAKI DAN KELUARGENYE..

MELAYU SME MELAYU MAU BANTAI..KES2 YG HINA AGAME ISLAM..KORG X NK BANTAI PLK..

APEPN..AK AKAN SENTIASE MENYOKONG PERJUANGAN MAHASISWA..

KORG YG SUKE BANTAI2 TU..KLO KELUARE KORG KNE..BRU KORG TAU..

JGN JILAT BONTOT UMNO..


ANAK MUDA TOLAK UMNO


No comments:

Post a Comment