free counters

Friday 26 July 2013

PUISI : KERUSI MALAS




KERUSI MALAS

nyamannya baring dikerusi malas yang usang ini,
walau belakangku sakit kerana sudah tidak selesa,
walaupun kerusinya hampir patah kerana reput,
tetapi aku malas bingkas dari kerusi malas ini,
sudah lama aku baring disini,

makan dan minum mereka datang suapkan,
tetapi sedikit berbau hancing,
harus makan, jangan banyak dipersoalkan,
tiap kali aku ingin bangun kerana perut kelaparan,
cepat tangan mereka melemparkan makanan,

apabila aku ingin menjerit kerana sudah bosan dengan mereka,

 mereka terajang aku,
aku kembali terduduk dikerusi malas itu,

dasyat sungguh permainan mereka,
mereka sudah tahu cara mengontrol tubuh aku supaya terus berdiam diri,
hanya melemparkan makanan dan minuman apabila waktu sudah tiba,

Apa??
perubahan??

tukar kepada kerusi baru kalian bicarakan??
bicarakan tentang perubahan kerusi baru sedangkan aku sudah lama di kerusi malas ini,

ahhhhh.!!!
malas aku bangun.!!!
aku sudah selesa walaupun kerusi ini sudah reput,
kerusi baru tidak semestinya selesa
mungkin itu yang aku fikirkan selama ini,

untuk menyedapkan hati yang sangsi ini,


H.A

1 comment:

  1. Spinomenal Slots - Free slot machines and video poker
    Who are 레드 벨벳 러시안 룰렛 the experts on the slot machine game? 인스타 셀럽 When you 라이브스코어 bet, 바카라 사이트 you win the game by putting more money 여수 휴게텔 on it.

    ReplyDelete