free counters

Wednesday 23 November 2011

Umno parti perkauman..

Mustahilkah DAP jadi tauke Pakatan pasca PRU 13?
ULASAN Bukan mustahil Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ke-13. Ditegakkan atas nama keadilan, kesamarataan, ketelusan dan kebajikan, rakyat mungkin sahaja memberi peluang kepada gabungan tiga parti – PAS, DAP dan PKR – untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno dan sekutu BNnya.

azlanBukan mustahil juga kemenangan Pakatan Rakyat akan membawa perubahan besar kepada lanskap politik negara. Atas nama keadilan, kesamarataan, ketelusan kebajikan, tumpuan akan diberi kepada rakyat yang terpinggir dan amat memerlukan bantuan kerajaan.

Bukan mustahil juga akan bangkit satu suasana dan rukun ekonomi di mana usahawan baru yang berniaga menurut hukum ketelusan dan tiada rasuah akan muncul. Usahawan “atas kertas” dan hanya berharap kepada kontrak langsung kerajaan Umno-BN selama ini akan berkurangan dan mungkin juga pupus.

Juga bukan mustahil sistem pendidikan negara akan turut berubah dengan pesatnya. Atas nama hak asasi dan semangat Perlembagaan, pendidikan menurut sistem yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing kaum akan bercambah. Mungkin ini akan meningkatkan kebebasan bersuara dan penyertaan dalam proses pembangunan nasional.

NONEDemikian hajat penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Satu bangsa Malaysia baru akan muncul. Generasi yang bebas bersuara dan tidak takut dikenakan sekatan budaya dan bahasa. Ini namanya demokrasi.

Ini semua mungkin berlaku kerana Pakatan Rakyat dan pemimpinnya yakin sistem yang ada sekarang terlalu rapuh, korup dan tidak adil. Bagaimana mahu adil jika ada sesetengah pihak selama ini diberi layanan, tumpuan serta bantuan berlebih-lebihan – di segi ekonomi, peluang pendidikan dan pekerjaan. Kelihatan seolah-olah hanya sesuatu kaum sahaja diberi keutamaan.

Kesamarataan jadi realiti

Maka bukan mustahil, sistem keselamatan, pendidikan, perkhidmatan awam akan lebih majmuk sifatnya. Dengan terlerainya soal monopoli kaum tertentu dalam sistem-sistem hidup berkenaan, maka akan lebih terjaminlah keadilan. Kesamarataan akan jadi realiti – di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

azlanDan bukan mustahil juga, citra sebenar Malaysia akan muncul. Kebebasan beragama yang lebih terjamin di bawah pemerintahan Pakatan rakyat akan menyaksikan penganut apa jua agama akan merdeka untuk menghayati ajaran suci masing-masing. Masjid, kuil, gereja akan sama-sama mewarnai karakter Malaysia.

Dan, bukan mustahil juga lebih ramai guru dari kalangan semua rakyat akan tampil menabur bakti mendidik anak bangsa. Soal kelebihan peluang terbabit dalam bidang perguruan dan keguruan seperti dalam zaman Umno-BN tidak timbul lagi. Dakwaan bahawa ada pilih kasih dalam pemarkahan pencapaian pelajar di semua peringkat tidak akan kedengaran lagi. Institusi pendidikan menyaksikan semakin kurang bilangan pelajar dari keturunan yang mendapat habuan istimewa Umno-BN.

university students 050805Hukum persaingan adalah jelas. Penempatan pelajar di semua peringkat akan mengikut pencapaian atau merit. Bagi pelajar lembam atau memang pada dasarnya malas, mereka akan tercicir. Meritokrasi akan menentukan sifat kurang rajin mereka akan dihukum.

Lanjutan itu ia akan merubah corak dan komposisi pekerjaan di negara ini. Hanya yang pandai, berpendidikan dan berkemahiran akan mengisi strata pembuat dasar dan penyeliaan di sektor awam dan swasta.

Dasar meritokrasi mutlak

Bukan mustahil Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Eksekutif Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional, Telekom, MAS dan sebagainya adalah anak Malaysia yang dipilih atas dasar meritokrasi mutlak. Soal kaum dan agama bukan perkiraan lagi. Ia ikut suara majoriti.

azlanBukan mustahil perbahasan tentang mewujudkan “tongkat sosial, tongkat ekonomi, tongkat pendidikan” tidak akan kedengaran lagi. Itu janji Pakatan Rakyat. Pemerintahan akan ikut demokrasi. Siapa dapat undi majoriti dia akan dianugerahi kuasa.

Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin yang berwibawa dan bijaksana – dari semua keturunan dan fahaman. Ada memang berjiwa majmuk seperti PKR. Ada berjiwa Islam dalam PAS. Ada bersemangat Cina dalam DAP.

Atas nama demokrasi, siapa yang punyai majoriti dalam Pakatan Rakyaat akan jadi pemimpin. Ini hukum. Kini pemimpinnya adalah Anwar Ibrahim dari PKR. Parti itu menang 31 kerusi parlimen dalam pilihanraya 2008. Namun kini tinggal 25. Bakinya sudah melompat atau dipecat.

PAS masih bertahan dengan 24 kerusi. DAP pula adalah pemegang saham kepimpinan tertinggi. Ia ada 28 kerusi.

selangor dap congress 2011Buat masa ini DAP walaupun memiliki saham terbesar dalam Pakatan, ia masih mahu Anwar terus memimpin Pakatan itu. Ini sebagai menghormati bilangan majoriti rakyat Malaysia – Melayu-Bumiputera-Islam.

DAP juga insaf Perlembagaan Malaysia dan amalan politik mahukan Melayu-Islam jadi Perdana Menteri. Tambahan pula Pakatan Rakyat kini hanya berstatus Pembangkang yang memiliki satu pertiga kerusi Dewan Rakyat; belum layak jadi pemerintah. Mengambil alih kepemimpinan Pakatan sekarang hanya tambah beban.

Anwar paling layak

Buat masa ini Anwar paling layak kerana beliau paling kuat dan rajin berkempen ke semua kutub Malaysia. Biar Anwar jadi jurubicara Pakatan Rakyat. Biar Anwar yakinkan rakyat Umno-BN curang dan Pakatan Rakyat terutama DAP berjiwa Malaysia dan wajib disokong.

azlanNamun pada hakikatnya PKR dan PAS sendiri tahu peluang DAP adalah lebih cerah daripada mereka menjelang pilihanraya umum ke-13. Trend pengundian pilihanraya negeri Sarawak tahun ini dan beberapa siri pilihanraya kecil sebelum itu menunjukkan kemungkinan DAP akan mendapat sokongan besar daripada masyarakat Cina dan bukan Melayu.

Menurut rukun politik Pakatan Rakyat, Melayu PAS dan Melayu PKR akan menyokong DAP. Amalan ini akan menjanjikan DAP kemungkinan kemenangan lebih besar dan luar jangka. Meskipun imej DAP ialah parti Cina, PAS dan PKR boleh jadi saksi bahawa DAP akan jadi parti Cina demokratik yang percaya pada keadilan, kesamarataan, ketelusan dan kesamarataan. DAP akan turut membantu rakyat Bumiputera, Melayu dan Islam.

pakatan council meeting 290911 before pc front imageIdeologi Pakatan Rakyat akan memastikan DAP apabila menang besar kelak tidak akan lupa pada rakyat Bumputera, Melayu dan Islam. DAP akan menghormati kontrak sosial dalam Pakatan Rakyat – orang Melayu dan Islam akan tetap jadi penentu polisi kerajaan Pakatan Rakyat.

Melayu Islam ahli DAP!

Ini bukan mustahil. DAP faham sentimen orang Melayu-Islam. Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar serta Ketua-ketua Menteri akan tetap terdiri dari kalangan orang Melayu dan Islam. Mereka akan tetap bersultan dan merafak sembah pada Raja-raja Melayu yang beragama Islam.

Cuma ada sedikit perbezaan. Pemimpin utama kerajaan Pusat dan Negeri-negeri pasca Pilihanraya umum ke-13 ini bukan lagi mewakili Umno atan mana-mana parti komponen BN. Mereka adalah orang Melayu Islam ahli DAP!

Ini bukan mustahil kerana ia adalah kerajaan Pakatan Rakyat.

NONEPAS memang parti zuhud. PAS tidak pernah mengunjurkan akan menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS sendiri tidak mahu tumpu perhatian pada kawasan majoriti bukan Melayu-Islam. Setelah berbahagi dengan Melayu PKR, mustahil PAS akan menjadi kerabat dominan dalam Pakatan Rakyat untuk mengizinkannya menerajui negara.

Bukan mustahil Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya. Bukan mustahil yang memimpin Pakatan Rakyat melangkah ke Gerbang Kuasa ialah DAP.


_________________________________________________________________________

BILE CAKAP DAP JE..RAMAI KATE PARTI KOMUNIS

SEBENARNYE..UMNO LG TEROK DRIPADE DAP..

JGN PURCYA SMA ITU UMNO.

SUMA KLUAR DRI MULOT MEREKA BUSUK2 BELAKA..HAHA..

TIPU SANA..TIPU SINI..SUMA ADAT MEREKA..HAHA


ANAK MUDA TOLAK UMNO..


No comments:

Post a Comment