free counters

Monday 28 November 2011

umno jgn yakin sgt..

3.4 juta ahli belum jamin Umno menang p'raya-Malaysiakini
Anggota Umno diminta tidak mendabik dada dengan kejayaan parti mendaftarkan 3.4 juta anggota setakat ini.

NONEIni kerana kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, jumlah sebesar itu belum menjamin kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"(Ini kerana) ahli Umno hanya satu per empat daripada 12 juta pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agenda Melayu ke-7 anjuran Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setakat ini kira-kira tiga juta anggota Umno adalah pengundi berdaftar.

Justeru katanya, semua anggota Umno perlu berusaha keras meraih sokongan pemilih lain, terutama yang 'di atas pagar'.

"...kita kena dekati dan tarik pengundi selebihnya untuk menyokong Umno dan BN," katanya.

- Bernama

___________________________________________________
DEY UMNO DAN DACING..JGN BERANGAN LA..
BKN SUME ORG AKAN UNDI LU ORG PUNYA PARTI TAU.
MCM DA KONFEM JE RAMAI MENGUNDI UMNO-BN..HAHA..
RAKYAT DA SEDAR..LG2 ANAK MUDA..ANAK MUDA YG MASIH MENYOKONG DACING ADALAH ANAK MUDA YG TIDAK TAHU BERFIKIR..

ANAK MUDA TOLAK UMNO.

No comments:

Post a Comment