free counters

Sunday 27 November 2011

Umno Bakal tumbang di Johor


Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, sekiranya rakyat mendapat maklumat telus, sudah lama Umno-Barisan Nasional tumbang di negeri yang dikuasai mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor, semalam bersempena Kongres Nasional KEADILAN ke 8 yang diadakan di negeri itu.

Menurut Azmin, rakyat Selangor yang terdedah kepada pelbagai sumber maklumat termasuk dari internet, menyebabkan Umno-BN tumbang di negeri itu pada pilihan raya umum lepas.

“Anda lihat di Selangor misalnya, dulu karat Umno, sukar untuk kita menang, tetapi mereka mendapat maklumat dari pelbagai penjuru termasuk dari internet dan akhirnya kita menang dan menjadi kerajaan.

“Begitu juga di Johor. Kalau sebelum ini adalah kubu karat Umno Insya’allah bakal menjadi ‘kubur’ Umno pada pilihan raya akan datang, dengan syarat tuan-tuan dan puan-puan memanfaatkan sebaik mungkin undi dengan memastikan kita pangkah hanya calon Pakatan Rakyat,” tegasnya mendapat tepukan ribuan hadirin.

Turut hadir dalam majlis itu Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Timbalan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Dr Mansor Othman serta pimpinan Pakatan Rakyat negeri.

Sementara itu, Tian mengingatkan undi untuk calon Umno-BN bermakna undi untuk pembaziran.
Sambil menunjukkan laporan Ketua Audit Negara 2010, Tian berkata pentadbiran Umno sewenangnya membazirkan wang rakyat sesuka hati demi kepentingan kroni mereka.

“Buku Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 ini akan menjadi semakin tebal dengan penyelewengan, tiris, bocor dan rasuah setiap tahun selagi Umno BN tidak kalah dalam PRU akan datang,” katanya.

Sementara itu Mansor pula memberi contoh hutang kerajaan negeri di era Umno BN mencecah ratusan juta tetapi pemerintahan Pakatan dalam tempoh kurang empat tahun kini berbaki hanya RM30 juta.

“Dasar kita jelas, kalau rasuah dan penyelewengan boleh dielak dan dibasmi, bukan sahaja hutang mampu dibayar tetapi harga minyak akan kita turunkan serta-merta,” katanya yang juga Naib Presiden KEADILAN.



_____________________________________________
UMNO BAKAL TUMBANG DI KUBU KUATNYE JIKALAU RAKYAT JOHOR SEDAR AKAN KEZALIMAN,KEJAHATAN DAN SI KORUP UMNO NI..

UMNO SEBUAH PARTI YG HANYE MEMENTINGKAN KUASA,WANG DAN SEBAGAINYE..HAL RAKYAT LANGSUNG X AMEK ENDAH..

SAME2 KITE DOAKAN,UMNO AKAN TUMBANG DI PRU13 NANTI..

UMNO AKAN BERKUBUR DI KUBU2NYA..HAHA..

JANGAN PANGKAH UMNO..SETIAP PANGKAHAN MEMBAWA PADAH DAN PEMBAZIRAN DAKWAT..HAHA.

ANAK MUDA TOLAK UMNO..
UMNO TOMBANG PRU 13

No comments:

Post a Comment