free counters

Thursday, 5 January 2012

Perhimpunan 901 Dibenarkan

901: Polis benar himpun, PKR jamin kerjasama


KUALA LUMPUR, 6 Jan: PKR memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung Himpunan 901 yang akan diadakan 9 Januari ini, tegas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

(Polis dan Azmin bersetuju perhimpunan ini diadakan dengan aman...berita Astro Awani)

Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dan beberapa wakil penganjur dan pegawai tertinggi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pagi ini.

"Kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak polis yang telah membenarkan himpunan tersebut.

"Pada 9 Januari nanti kita akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis bagi memastikan himpunan tersebut berlangsung dengan amam tanpa ada sebarang provokasi yang tidak diingini," jelasnya kepada media selepas pertemuan tersebut.

Sidang media khas

Bagaimanapun ujarnya, maklumat berkaitan tempat berhimpun dan perkara teknikal lain hanya akan dinyatakan pada sidang media khas jam 3.30 petang ini di Ibu Pejabat PKR.

"Secara rasmi kita akan nyatakan pada petang ini mengenai tempat himpunan dan segala maklumat teknikal.

"Secara ringkas pihak polis membenarkan himpunan tersebut," jelasnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam menyatakan pihak berkuasa tidak akan mengharamkan perhimpunan 9 Januari depan, sebaliknya menuntut penganjur berunding dengan pihaknya berkenaan kawasan yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Tedahulu, turut hadir pada pertemuan tersebut adalah beberapa pimpinan PKR termasuk Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden PKR N.Surendran yang sebelum ini dipanggil pihak polis berhubung himopunan yang akan dianjurkan itu.

Pertemuan hari ini dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan perkara tersebut.


__________________________________________


POLIS MEMBENARKAN PERHIMPUNAN TERSEBUT DIADAKAN?..HAHA..

BIAR BTOL..HAHA..

SATU TINDAKAN POLIS YANG AMAT BAGUS..

JANGAN ESK2..ATAS DESAKAN UMNO..POLIS TIDAK MEMBENARKAN BALIK PULAK..

BERSOLIDARITI UNTUK ANWAR IBRAHIM..

PKR AKAN MEMASTIKAN PERHIMPUNAN YANG AKAN DIJALANKAN AKAN DIKAWAL DENGAN BAIK..

DIE INGAT ORANG PR MCM PERKASA KE..NK BUAT KECOH2..HAHAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Rakyat Malaysia Akan Turun 901

Mat Sabu gesa kawal Perkasa 9 Januari-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 5 Jan: Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu menggesa pasukan polis mengawal kelakuan ahli-ahli Perkasa yang mengancam mahu turun ‘bertempur’ dengan lebih 100 ribu rakyat 9 Januari depan di Jalan Duta.

Mohammad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga berasa hairan dengan tindakan Perkasa yang jelas mahu menimbulkan huru-hara dengan mengambil sikap konfrontasi.

“Mereka (Perkasa) mahu buat apa di situ? Kita harap polis dapat jaga keselamatan rakyat yang berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada Anwar pada hari itu,” kata Mat Sabu.

Bercakap lanjut, Mat Sabu turut menyeru orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat untuk turun beramai-ramai kerana ia merupakan hak mereka untuk berbuat demikian.

Malah, beliau juga percaya himpunan rakyat pada hari itu akan berjalan lancar kerana ia bertujuan aman, berbeza dengan Perkasa yang mahu ‘bertempur’.

“Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat perlu hadir ke sana untuk menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.

“Malah, rakyat berhak dan patut hadir untuk mendengar keputusan mahkamah.

“Ia tidak mengganggu perbicaraan dan keputusan mahkamah kerana yang membuat keputusan adalah hakim mahkamah, bukannya rakyat,” kata Mat Sabu.

Beliau turut mengesahkan yang Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan dirinya sendiri akan turut sama berada di Jalan Duta 9 Januari depan bagi menyokong Anwar.

“Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi dan saya sendiri akan hadir untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Fitnah II Isnin depan,” kata Mat Sabu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui keputusan perbicaraan fitnah liwat terhadap beliau pada tarikh 9 Januari depan.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengesahkan mensasarkan kehadiran lebih 100 ribu orang di Jalan Duta pada tarikh itu untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.


___________________________________________


PERHIMPUNAN RAKYAT NI AKAN DIHADIRI OLEH PELBAGAI KAUM..

MARI RAMAI2 RAKYAT MALAYSIA..HADIR DI PERHIMPUNAN INI BAGI MENUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA DSAI.

BUKAN UNTUK MEMBUAT KECOH..HANYA PERHIMPUNAN AMAN..

POLIS PERLU KAWAL PERKASA SEBAB MEREKA DATANG UNTUK BERTEMPUR..

TP BOLEH PERCYA KE NK DTG..JGN MCM KT BERSIH..CITE BOM2..TP ORGNYE XDE..HAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Wednesday, 4 January 2012

Tragedi Berdarah UPSI


Flash Mob Kebebasan Akademik dan Tragedi Berdarah UPSI


Flash Mob Kebebasan Akademik dan Tragedi Berdarah UPSI.
Venue : Teluk Cempedak , Kuantan.
Date : 20 Januari 2012.
Time : 8.30pm - 9.00pm

___________________________________

SESIAPA YANG MAHU HADIR..SILA LA TGK INFO DIATAS..

MARI SAME2 KITE SOKONG MAHASISWA..

MARI SAMA2 TUNJUK DEKAT RAKYAT..APA YANG TERJADI SEBENARNYA TEMPOH HARI..

JANGAN ASYIK MEMPERCAYAI MEDIA MASSA YG KUAT MENIPU ITU..

JANGAN MENJADI MANUSIA BODOH YANG SENTIASA MENGIKUT APA YANG DITUNJUKKAN.

BERDEMO LEBIH BAIK DARIPADA BERDISKO..

JANGAN LUPA BAWA MASK..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Mahasiswa Dipersalahkan Oleh Polis..


________________________________

MAI LA PAKAT RAMAI2 TENGOK VIDEO NI.

APE YG POLIS BUAT ITU BUKAN TAHAP MINIMUM..TETAPI MAKSIMUM..

CUKUPLAH DENGAN PENJENAYAH DI LUAR SANE..JANGAN LA POLIS JADI PENJENAYAH..

MAHASISWA TU TAK BAWAK APE2 SENJATA PON..JANGAN LA PUKUL SAMPAI SEBEGITU RUPA..

ANAK MUDA LAGI BERSEMANGAT UNTUK TERUS BERJUANG..JANGAN INGAT LEPAS TRAGEDI UPSI..TIADA LAGI MAHASISWA YANG AKAN BERJUANG..

ANAK MUDA PUNYAI SEMANGAT YANG KENTAL..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Kerajaan Selangor Sokong Mahasiswa

Kerajaan Selangor-KAMI Meterai MoU

Shah Alam, 4 Dis : Kerajaan Negeri Selangor semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independan (KAMI) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata, MoU tersebut membolehkan kerajaan negeri membantu secara aktif aktiviti akademik, sosial dan kemasyarakatan bersama siswa UiTM kampus Shah Alam.

“Ini adalah komitmen kerajaan negeri untuk membantu warga universiti dalam menjayakan aktiviti mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, MoU itu juga menjadi ‘pembuka jalan’ bagi mengeratkan hubungan antara mahasiswa UiTM dengan kerajaan negeri pada masa akan datang.

Jelasnya lagi, sebelum ini bantuan juga telah diberi kepada beberapa universiti lain menerusi portfolio-portfolio lain kerajaan negeri.

Dalam majlis itu, pelajar UiTM Shah Alam, Khalid Mohd Ismath selaku Timbalan Presiden KAMI hadir sebagai tanda sokongan terhadapa usaha kerajaan negeri Selangor itu.

KAMI antara kumpulan mahasiswa yang bernaung di bawah gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). – GZDaily


_____________________________________-

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMANG BGUS..

KERAJAAN NEGERI SELANGOR SENTIASA MENYOKONG DAN MEMBANTU MAHASISWA..

DENGAN INI DAPATLAH MAHASISWA MENGERATKAN HUBUNGAN MEREKA DGN KERAJAAN NEGERI SELANGOR..

SETIDAK-TIDAKNYA TAK DA LA MAHASISWA DITENDANG DAN DITUMBUK..

RAKYAT MALAYSIA AMAN DI BAWAH PAKATAN RAKYAT..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Tuesday, 3 January 2012

Semua Rakyat Dibenarkan Sertai Bebas Anwar

Amaran bagi guru, pelajar sertai 'Bebaskan Anwar'-Malaysiakini
Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi hari ini memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar dan guru yang menyertai perhimpunan haram Kempen "Bebaskan Anwar 901" pada Isnin ini.

Dr Puad ZarkashiSambil mengingatkan pelajar dan pendidik supaya jangan terlibat dengan perhimpunan itu, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan bertindak terhadap mereka.

"Kita tidak akan berkompromi dalam perkara ini memandangkan pihak polis sudah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan permit kepada perhimpunan itu.

Oleh itu, saya nasihatkan semua pelajar dan juga guru, jangan sekali-kali terlibat," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kolej Tunku Kurshiah di Seremban hari ini.

Beliau merujuk kepada perhimpunan haram itu yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusannya mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh.

Mohd Puad berkata penganjur perhimpunan itu sepatutnya akur dengan apa saja keputusan mahkamah.

"Pada saya tindakan itu adalah tidak wajar dan menunjukkan bahawa usaha mengadakan perkhimpuan itu lebih daripada usaha yang bersifat mementingkan diri dan tidak menghormati undang-undang," katanya.

______________________________________

HAHAHAHA..

MAU BERI AMARAN KE?..ANAK MUDA NI..KLO DIBERI AMARAN.LAGI DIA SUKA..HAHA....

USAH LA NK TUNJUK GAH SGT...UMNO TU BKN IKOT UNDANG2 SANGAT..

PERHIMPUNAN 901 ITU BUKANLAH PERHIMPUNAN YG NAK BUAT KECOH..HANYA PERHIMPUNAN AMAN.

APE YG UMNO TAKOT SGT NI?..HAHA

JIKA SEMUA YG ADE SANGKUT PAUT DENGAN PR SUME TAK BOLEH PERGI..KLO UMNO BOLEH PG LA KAN?..HAHA

UMNO-BN TIDAK LAGI RELEVAN BG ANAK MUDA..ANAK MUDA BANGKIT MELAWAN..

UDAH2 LA TU BERI AMARAN..SAMPAI REPORT POLIS LG..HAHA.PESERTA PERHIMPUNAN TIDAK MAHU BERPERANG..HAHA..

LAWAK JE AKU BILE TGK TV3 SUKU YG ASYIK KELUAR CERITA PASAL PERHIMPUNAN BEBAS ANWAR 901..HAHA..KATENYE BOLEH MEROSAKKAN RAKYAT LA..APE SUME TU..AHAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Isu Mahasiswa Tersebar Luas..

Pakatan bawa isu mahasiswa dalam konvensyen 13 Januari-KEADILANDAILY


PETALING JAYA 3 Jan: Pakatan Rakyat akan membawa isu mahasiswa dan membahaskannya di dalam konvesyen pada 13 Januari ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persetujuan itu dicapai semasa mesyuarat Pakatan Rakyat di ibu Pejabat KEADILAN di sini petang tadi, yang sebulat suara menyokong tuntutan mahasiswa untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta kebebasan akademik.

“Pakatan mengutuk kezaliman ke atas mahasiswa yang menuntut pemansuhan Auku, sikap beberapa Universiti yang menghalang kebebasan dan wacana bebas,” kata Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Dengan bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’, katanya, konvensyen berkenaan akan turut membahaskan isu penjawat awam (SBPA), Felda dan isu-isu rakyat yang lain seperti kenaikan harga barang dan kos kehidupan.

Menyentuh mengenai pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa, Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN membidas media yang masih dikongkong Umno-Barisan Nasional.

“Media perlu ada ruang dan pendedahan yang adil. Jangan buat pilihan raya macam (Presiden Mesir) (Hosni) Mubarak. Hanya ada Utusan Mesir dan TV3 Mesir,” sindirnya.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di sidang media yang sama berkata, kini tiba masanya untuk rakyat melakukan perubahan demi negara yang lebih baik.

“Kita perlu melakukan perubahan yang sungguh-sungguh. Selagi pembersihan sebenar seperti daftar pemilih, sistem pengurusan yang cekap, undi pos tidak dibuat perubahan, pilihanraya yang telus tidak akan berlaku,”

“Penggunaan dakwat kekal tidak menjamin pembersihan sepenuhnya pilihanraya negara ini,” kata beliau.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata Pakatan Rakyat menyeru pihak polis dan kerajaan menunaikan janji dan menghormati kebebasan akademik seperti yang dituntut mahasiswa.

Menurutnya, kejadian yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris, di Tanjung Malim sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mahasiswa akibat dipukul pihak polis, amat dikesali.


_________________________________


RAKYAT MALAYSIA PERLU MELAKUKAN SUATU PERUBAHAN..

JIKA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAHU BERUBAH..AKAN ROSAK LA NEGARA INI JIKA TERUS MENERUS MEMBERI UMNO-BN MEMERINTAH LAGI..

TRAGEDI UPSI BARU-BARU INI TELAH MENAIKKAN SEMANGAT ANAK MUDA UNTUK TERUS BERJUANG MENUNTUK HAK RAKYAT....

SEMUA PIHAK KESAL DENGAN SIKAP POLIS YG TELAH MENUMBUK DAN MEMUKUL MAHASISWA..

UMNO-BN PERLU MEMBERI ANAK MUDA ATAU MAHASISWA KEBEBASAN UNTUK BERSUARA.PADA MASA SEKARANG..ANAK MUDA TIDAK LAGI BODOH..ANAK MUDA TELAH BANGKIT UNTUK MELAWAN PEMERINTAHAN YG ZALIM DAN YANG MANA BETUL AKAN DISOKONG DAN YANG MANA SALAH AKAN DITENTANG HABIS-HABISAN..

UMNO-BN PERLU BERSIHKAN SISTEM PILIHANRAYA SEBELUM BERSIH 3.0 DILANCARKAN.


ANAK MUDA TOLAK UMNO