HARI DI MANA RAKYAT HARUS INGAT DAN SEDAR,
BERLAKU PERISTIWA HITAM DIBAWAH KETIAK MADEY KUTTY MAMAK....
OPS LALANG!
Pada 27 Oktober 1987, lebih kurang 106 pemimpin Malaysia termasuk ahli politik, aktivis sosial, pejuang bahasa dan penulis telah ditangkap di bawah Internal Security Act (ISA).
Antara yang ditangkap merupakan seteru politik Dr. Mahathir sendiri iaitu Karpal Singh , Lim Kit Siang dan beberapa lagi yang dianggap mengancam keselamatan negara. Selain itu, tangkapan ini juga dikatakan antara yang terbesar selepas tangkap peristiwa 13 Mei 1969.
Lesen penerbitan akhbar seperti The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan juga ditarik balik kerana dikatakan mengancam negara.
Apakah yang mengancam sebenarnya ?
Sesuatu yang menggelikan hati apabila Si Kutty Mamak mengatakan bahawa itu adalah tindakan Polis dan dia kesal atas tindakan tersebut.
"Dalam buku terbaru mengenai Mahathir yang berjudul ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’, bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis itu.
“Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.
“Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang,” kata Mahatahir.
Tom Plate yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku itu kemudiannya bertanya kepada Mahathir dengan lebih lanjut sama ada beliau marah atau tidak dengan tindakan polis itu.
“Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak,” jawab Mahathir."
(Harakahdaily)
Ini sumpah lawak!
Kah Kah Kah Kah!
Kutty adalah orang yang bertanggungjawab dalam banyak hal.
Kutty menangkap ramai orang dan ramai yang mati dalam tahanan serta dijadikan XFiles.
Kutty bertanggungjawab dalam proses kehancuran demokrasi di malaysia.
Kutty punya berlakunya dasar pecah dan perintah dan pepercahan dalam kalangan rakyat malaysia terutamanya orang melayu sendiri.
Ini lawak!
Kutty katanya sering sakit jantung mengengangkan parti kesayangan UMNO Baru bakal dikuburkan dan mendesak Mongolia supaya diadakan PRU secepat mungkin.
Semoga doa Ustaz Fadzil Noor dimakbulkan.
Asalkan bukan UMNO
No comments:
Post a Comment