SEMUA PESALAH INTERNET KENA TANGKAP
BLOGGER UMNU PUN KENA TANGKAP
PAPA GOMOI DAH KENA TANGKAP
PARPU KARI DAH MASUK ISA
BLOGGER PAS BERUK DAH PERGI GUANTANAMO
YANG TINGGAL MASIH BEBAS
HANYALAH TUKAR TIUB DAN ABU NAWAS
KERANA MEREKA MAKSUM
KAH KAH KAH.
AVU SYAFIQ DAN FATHUL BARI SEDANG BERBINCANG
ADAKAH MENULIS BLOG ADALAH BIDAAH
KAH KAH KAH!!!!
Timbalan menteri nafi kerajaan berat sebelah hukum pesalah internet
-MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum menafikan kerajaan hanya menahan penulis blog anti Barisan Nasional (BN) sahaja, tetapi menahan semua pesalah dalam Internet melibatkan semua, tanpa mengira fahaman politik.
Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak 1,435 buah laman web telah diambil tindakan dari Januari hingga Ogos tahun ini.
”Penguatkuasaan undang-undang tidak berat sebelah, ia tidak memilih siapa yang akan dituduh, atau apa ditulis dalam blog tersebut.
”Percayalah, bahawa kementerian dan pihak berkuasa tidak berpihak, kami ambil tindakan undang-undang kepada mereka yang bersalah,” katanya dalam sesi soal-jawab pagi ini.
Ahli parlimen Julau itu menjawab soalan dari Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) tentang tuduhan bahawa kerajaan hanya mengambil tindakan ke atas mereka yang anti BN sahaja.
“Apakah blog yang menghina ahli parlimen seperti Ipoh Timur (Lim Kit Siang) atau Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah ditutup, dan apa tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini?” tanya ahli parlimen Kepong itu.
Salang juga bersetuju cadangan dari Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) bahawa pengguna internet harus dididik bagaimana untuk menggunakan Internet dengan bertanggungjawab.
Beliau berkata kementeriannya telah mengadakan 34 aktiviti seperti ceramah dan seminar bagi mendidik para pengguna internet dan memberi kesedaran untuk menggunakan Internet dengan baik.
“Usaha ini akan kami buat untuk tahun ini dan di masa hadapan,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment