free counters

Saturday, 9 June 2012

MONGOLIA GILA LAMAN SOSIAL



Najib: Dekati anak muda dengan media sosial-MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Seri Najib Tun Razak menggesa ahli politik dan anggota kerajaan lebih berani membuat perubahan dengan mendekati anak muda menggunakan media sosial.

Sambil menegaskan bahawa mereka perlu mengadaptasi dengan perubahan semasa, Najib berkata mereka perlu mengikut "rentak" anak muda dengan mengguna media sosial bagi mengetahui "keluhan, aspirasi dan kehendak" anak muda.

"Kita tidak boleh kaku. Sebagai anggota kerajaan atau ahli politik (berada dalam keadaan) yang tidak sesuai dengan peredaran zaman.

"Kita tahu Malaysia antara negara paling aktif di media sosial... Ada akaun Facebook, Twitter, Blogger. Jadi kita juga perlu mengikut rentak wahana anak muda supaya mereka mengetahui kita, dan kita mengetahui mereka. Kita tahu apa keluhan, aspirasi dan kehendak mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap anggota kerajaan dan ahli politik perlu bersikap berani membuat perubahan dan cuba mengadaptasinya sesuai dengan kehendak semasa dengan mendekati mereka dengan media sosial tersebut.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan bersama dalam perhimpunan #TwtUpKami - sebuah komuniti Twitter - di perkarangan Stadium Bukit Jalil petang ini, Najib berkata kerajaan sanggup membuat perubahan demi perubahan demi memenuhi aspirasi golongan muda.

Katanya, golongan tersebut mahu kerajaan menyediakan peluang dalam pendidikan, kemahiran, keusahawanan "supaya mereka dewasa, esok lebih baik daripada hari ini."

"Dasar transformasi (kerajaan) untuk mencapai (bahawa) esok lebih bersinar daripada hari ini," katanya.

Beliau juga berharap anggota dan pemimpin BN lebih aktif mendampingi anak muda dengan menggunakan media sosial supaya melihat bahawa "BN adalah kerajaan untuk generasi muda."

Tambahnya lagi, beliau juga kini sedang mempelajari "bahasa orang muda" antaranya seperti "LOL, TGIF, OMG dan FYI" yang kini sudah menjadi bahasa penggunaan oleh kumpulan berkenaan.

"Kalau tak ada, kita tak jadi sempoi atau tidak cool," katanya sambil diiringi ketawa hadirin yang hadir.

Sebelum itu, Najib beramah mesra dengan menjawab soalan yang diajukan melalui Twitter khususnya berkaitan pasukan bola sepak yang disokongnya.

Beliau menjangkakan bahawa pasukan Sepanyol bakal menjuarai dalam pertandingan bola sepak Euro 2012 di Poland dan Ukraine - yang bermula semalam.

Dalam soal jawab itu juga, Najib turut mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjaga kesihatan walaupun kelihatan sibuk dengan tugas negara.

"Saya ada rahsia... Letih juga, tetapi mesti ada semangat kuat di samping ada (amalkan) cara hidup sihat.

"Saya bersenam di gimnasium tiga hingga empat kali seminggu, dan saya ada personal trainer... Saya buat macam-macam (senaman)," katanya sambil diiringi sorakan dan tepukan hadirin.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut beberapa pemimpin BN seperti Datuk Saifuddin Abdullah, Gan Peng Sieu dan P Kamalanathan serta anak lelaki Najib - Ashman- yang kini sedang berjinak-jinak menjadi DJ.

Ashman, 21 - yang baru sahaja tamat pengajian dari sebuah universiti di Amerika Syarikat - berkata beliau meminati 'housemusic' dan mengenali penyanyi popular Yuna.

Sebelum itu, sewaktu tiba di perkarangan stadium itu, Najib merasmikan pertandingan bola keranjang #YbsCanJump dan beramah mesra dengan peniaga Sooq Bazar di kawasan berdekatan.


PAKATAN DAH BERADAB BUAT BENDA NI
HANG BARU SIBUK NAK BUAT.
HAHAHAHA

No comments:

Post a Comment