Sebelum ini Sapuan, adem adeli dan geng smm mengatkan bahawa mereka non partisan,
dan akan menjadi suara bagi rakyat.
Sebab itu dalam post sebelum ini saya ada cakap. Apa yang mahasiswa ni mau ?
Ada beberapa perkara saya sokong,
tapi ada juga perkara buduh yang dibuatnya.
Nama pun aktivis mahasiswa.
Buat apa nak bertanding.
Nak kuasa awal? ybisme ke ni ?
Bila bertanding hilang identiti sebagai aktivis mahasiswa.
masa tu dah jadi partisan.
Nak berkuasa .
Mahasiswa adalah third force dan pencerah kepada rakyat.
Bukan nak jadi politikus.
Kalau macam tu jangan la laung-laung.
Pirahhhh!
Fikir baik baik.
Kongres bincang cadangan siswa tanding PRU-MALAYSIAKINI
Kumpulan pelajar pro-Mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhasrat untuk meletakkan calon bagi bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya, Muhammad Safwan Anang bagaimanapun berkata, perkara tersebut akan diputuskan di dalam Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 4 (KGMN 4) yang akan diadakan pada 23 Jun nanti.
"Di dalam kongres ini kita juga akan ada perbincangan kemungkinan mahasiswa letak calon bertanding pada pilihan raya akan datang. Tapi kita perlu dengar daripada kumpulan yang lain juga. Apa pandangan mereka.
" Masih belum terlambat rasanya untuk hasilkan keputusan yang tepat bersama... kami rasa, ini adalah masa yang sesuai untuk berbincang sebelum tarikh pilihan raya yang masih jadi teka-teki kerajaan," katanya pada sidang media di Kelab 50B hari ini.
Kongres yang diadakan di auditorium tertutup Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu juga akan turut mengadakan pentas pidato pada sebelah malamnya yang akan menampilkan pimpinan daripada Pakatan Rakyat dan Umno.
Safwan berkata, pentas pidato antara mahasiswa dan pimpinan parti itu adalah acara kemuncak bagi memberi peluang masyarakat mendengar hasrat mahasiswa.
"Pagi dan petang adalah terhad untuk persidangan. Malamnya kita sasarkan pada orang awam," katanya.
Pemimpin yang diundang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

No comments:
Post a Comment