free counters

Monday, 23 April 2012

Saorang Polis ajak mahasiswa dan anak muda dekat BB bertumbuk


Polis 'tak akan benar' protes BERSIH Sabtu ini-MALAYSIAKINI
Pihak polis tidak akan membenarkan BERSIH mengadakan perhimpunan duduk bantah di Dataran Merdeka Sabtu ini, atas "sebab-sebab keselamatan".

Ketua Polis daerah Dang Wangi, Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, dalam suratnya kepada ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, merujuk kepada surat BERSIH bertarikh 16 dan 19 April 2012.

Salinan surat daripada pihak polis itu telah dimuatnaik ke halaman Facebook BERSIH yang merupakan gabungan untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

____________________________________________________________________
INI DIA SATU CERITA,
CERITA PULISI DAH DESPERATE.
HARI TU KATANYA TERPULANG PADA DBKAL
SEKARANG TAK BENARKAN PULA ATAS SEBAB KESELAMATAN
ANAK MUDA,. INGAT TAK MACAM MANA SAMSENG PUKUL MAHASISWA KAT DATARAN?
APA POLIS BUAT?
TENGOK JE KAN.
JADI TIADA SEBAB SEBAB KESELAMATAN YANG KITA BOLEH PERCAYA
PULISI NAK SPIN NAK TIPU RAKYAT.
SAMA MACAM BAPAK DEMA.
UMNO

DBKAL , mahkamah dan Polis mula melabon

INI CERITA ANAK MUDA DAN MAHASISWA.
YANG MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA
UMAR DITAHAN DIBAWAH KANUN KESEKSAAN.
FAHMI REZA MAMAT JAMBU OCCUPY AWEK SEKSI DITAHAN DIBAWAH AKTA PERPARITAN ? KAH KAH KAH!
KIRAJAAN PARTI MELAYU SUDAH TAKDE IDEA NAK LAWAN ANAK MUDA.
ADA KE PATUT GUNA AKTA PERPARITAN?
YANG ANAK MUDA PULA BAGI LA CANN DENGAN DBKAL DAN JUAK JUAK MEREKA.
INI DIA CERITA.
ANAK MUDA SUDAH MULA MELAWAN
DAN AKAN TERUS MELAWAN.
SEKARANG MASA UNTUK RAKYAT FIKIR BAIK-BAIK.
DAN BUAT SATU KEPUTUSAN MUKTAMAD.
TOLAK UMNO!




Peserta perkhemahan didakwa halang tugas DBKL-malaysiakini
Seorang siswa kolej tidak mengaku bersalah hari ini atas dakwaan menghalang tugas pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang cuba menahan seorang aktivis Occupy Dataran di Dataran Merdeka dalam satu kejadian semalam.

Umar Mohd Azmi yang genap usia 23 tahun hari ini, didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang tugas pegawai tersebut, Mohd Masran Mamat daripada menahan aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Beliau didakwa bertindak demikian ketika operasi yang dijalankan DBKL ke atas peserta perkhemahan tersebut di Dataran Merdeka pada kira-kira jam 8 pagi semalam.

Sekiranya didapati salah, Umar boleh didakwa sehingga dua atahun atau didenda maksimum sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menetapkan jaminan sebanyak RM1,000 dan menetapkan sebutan kes berkenaan pada 8 Mei.

Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia sebelum itu memohon supaya Majistret menetapkan jaminan sebanyak RM4,000.

Peguam Syahredzan Johan, dalam mitigasinya berkata pelajar kolej swasta Consist College itu tidak mempunyai sumber pendapatan dan dakwaan itu merupakan tuduhan pertama yang dihadapi pemuda berkenaan.

Ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, Syahredzan berkata seorang lagi yang turut ditahan dalam operasi DBKL bersam polis itu, Mohd Fahmi Reza tidak didakwa.

Lelaki berusia 35 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis dan perlu melapor diri ke balai polis setiap bulan, katanya.

Langkah terakhir UMNO BARU sebelum masuk kubur

INI DIA LANGKAH TERAKHIR IMNO SEBELUM MASUK KUBUR.
KONON BAGI PELUANG PADA BUMIPUTERA?
PODAAHHHH!
INI CERITA NAJIB DENGAN GENG BOTAK LA NI.
DEB HANYA LAHIRKAN KAPITALIS MELAYU
BUKAN TOLONG RAKYAT.
ORANG MELAYU SILA BUKA MATA.
YANG KAYA HANYA JUAK JUAK DIA.
BUKAN KITA RAKYAT JELATA
BILA MASA IMNO TOLONG MELAYU?
NAK KAYAKAN MELAYU PUAK DIA ADA LAAA!
INI LANGKAH TERAKHIR PARTI MELAYU YANG NAK MASUK KUBUR.
UMAT MELAYU,
KITA MAJORITI DALAM NEGARA NI.
ANDAI DASAR EKONOMI UNTUK RAKYAT DIBANGUN SEKALIPUN.
SIAPA UNTUNG ?


10 syarikat PNB dan Khazanah akan dilupuskan-MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sepuluh syarikat, masing-masing lima syarikat di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan selebihnya di bawah Khazanah, akan dilupuskan.  
    
Perdana Menteri yang juga menteri kewangan berkata pelupusan itu bertujuan membolehkan kesemua syarikat itu diserah milik kepada syarikat Bumiputera lain melalui tender terbuka.
    
Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikannya, yang berlangsung selama kira-kira dua jam di Putrajaya hari ini.
    
"Keputusan itu membolehkan PNB dan Khazanah melupuskan perniagaan yang bukan teras, selain untuk memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi dan mempunyai kemampuan terbukti, untuk mengambil alih syarikat tersebut dan memajukannya lagi," kata Najib dalam sidang media selepas mesyuarat itu.
    
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Najib berkata pengumuman nama-nama syarikat tersebut akan dibuat tidak berapa lama lagi memandangkan ia perlu melalui proses mendapatkan keputusan daripada lembaga pengarah.
   
Dalam mesyuarat tersebut, perdana menteri berkata keputusan turut dicapai untuk menambah sejumlah 50 lagi syarikat teras Bumiputera yang menjadikan keseluruhan 130 syarikat Bumiputera berprestasi tinggi.
    
"Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa beberapa buah syarikat yang telah tersenarai berjaya menjadikan syarikat itu sebagai sebuah syarikat utama dalam bidang masing-masing," katanya.

Najib berkata sebagai contoh, syarikat AZRB yang memperoleh kontrak besar daripada program MRT, selanjutnya menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta dalam jangka masa dua tahun kepada syarikat-syarikat Bumiputera.
    
Selain itu katanya, MITC Ancasa Hotel (M) Sdn Bhd bekerjsama dengan Teraju dalam sektor industri pelancongan, dan MITC akan melabur RM100 juta dalam jangka masa tiga tahun untuk merealisasikan pelan perkembangannya selain membantu syarikat Bumiputera yang lain.

- Bernama

Aziz Bari akan bertanding bawah PKR



Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari mengesahkan beliau akan bertanding di Kerusi Parlimen Sabak Bernam di bawah lambing PKR pada PRU13 ini.

Pakar perlembagaan yang juga merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berusia 54 tahun itu memberitahu sejak tiga bulan kebelakangan ini beliau sibuk menemui masyarakat di Sabak Bernam, bandar kelahirannya.

"Banyak kali, sebelum ini, saya telah ditawarkan untuk bertanding oleh DAP, PAS, PKR, pada tahun 1999 dan pada tahun 2007 juga, tetapi saya tidak fikir saya sudah bersedia atau sesuai pada masa itu ," kata Abdul Aziz dalam satu temu bual baru-baru ini.

"Tetapi sekarang saya rasa masa yang sesuai. Saya telah bersara dari pekerjaan yang selesa yang sukar untuk meninggalkannya, dan memandangkan saya telah ditawarkan untuk bertanding sebagai calon, saya hanya mahu menyumbang. Saya kini bersedia untuk berkhidmat.

"Kini tiada sebab untuk saya tidak menyertai pertandingan, keadaan menyebabkan saya tidak boleh mengatakan tidak," katanya.

Abdul Aziz berkata beliau tidak pasti mengapa dia telah dipilih tetapi mengandaikan bahawa mungkin beliau dianggap sebagai calon yang sesuai kerana kedudukan dalam masyarakat.

Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi.

Manakala dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.

Sunday, 22 April 2012

Tanda anak muda sudah menang


Majistret tolak permohonan reman siswa
Peguam Syahredzan Johan berkata polis tidak boleh menahan siswa Umar Mohd Azmi yang ditahan di tapak perkhemahan pelajar di Dataran Merdeka hari ini lebih daripada tempoh 24 jam.

Katanya, Mahkamah Majistret tidak membenarkan permohonan reman polis ke atas siswa berkenaan.

Ketika dihubungi Syahredzan yang mewakili pelajar berkenaan berkata majistret enggan memenuhi permintaan polis setelah melihat rakaman penahanan pelajar itu, pagi ini.

Tambahnya, Umar tidak perlu ditahan kerana proses mengambil kenyataan dan cap jari boleh dibuat tanpa menahan pelajar terbabit.

Umar kini dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Umar dan ditahan di balai berkenaan.

Sementara itu, aktivis Occupy Dataran Fahmi Reza pula dibebaskan dengan jaminan tanpa sebarang pertuduhan, kata Syahredzan lagi diTwitter.

Fahmi dan Umar kedua-duanya ditahan pagi ini dalam serbuan oleh polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) – pada perkhemahan kumpulan berkenaan yang masuk hari kelapan.

Kumpulan pelajar dan aktivis itu berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan tinggi percuma dan untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 14 April.

Aktivis dan siswa lain pada masa ini meneruskan perkhemahan mereka di Dataran walau kebanyakan barang keperluan mereka dirampas DBKL pagi ini.
Sementara itu dalam satu kenyataan hari ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Fahmi, 35, disiasat mengikut Seksyen 40 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975.
Umar pula disiasat mengikut Seksyen186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta pada 23 April, katanya lagi di laman Facebook.

Sepudin dolah dah kantoi perguna mahasiswa

HARI INI.,
SEORANG PEMIMPIN UMNO BARU.
YANG DULUNYA KUAT MENYOKONG ANAK MUDA DAN MAHASISWA.
SERTA KUAT DALAM PERJUANGAN KETIKA ZAMAN BELAJAR.
DALAM PERSATUAN BAHASA MELAYU DAN MAJLIS BELIA
TELAH KHIANAT.
SEBAB KUASA.


PADA HARI INI
DALAM SATU KENYATAAN.
DIA CAKAP.
KALAU PTPTN MANSUH
AKAN EFEK 60 IPTS.
KEMUDIAN AKAN MENYUSAHKAN RAKYAT MISKIN 
SEBAB TERPAKSA BERHUTANG
UNTUK SARA ANAK - ANAK.
DAN KALAU MANSUH JUGA
AKAN MENYEBABKAN BANYAK PENGANGGURAN.


EHHHHH!
BUKAN KE PTPTN SATU BENTUK HUTANG ?
DAN BUKAN KE ITU DAH SUSAHKAN RAKYAT ?
KITA NAK PENDIDIKAN PERCUMA.
BUKAN KE SELAMA NI BANYAK ORANG MENGANGGUR.
SEBAB TAKDE KUALITI?
BANYAK LAMBAKAN IPTS.
IPTS TU UNTUK SAPOT EKONOMI KRONI.


JADI RAKYAT SEMUA.
TOLAK SEPODIN
ORANG TEMERLOH TOLONG INGAT BENDA NI.
SEBAB SEBAB KUASA

Raes Yatem kantoi berceramah untuk kempen PAKATAN

INI CERITA BUKAN DARI BOTAK MONGOLIA
INI CERITA BOTAK BEKAS PEMBANGKANG
PEMBANGKANG SEMANGAT 46
HARI INI KELUAR KENYATAAN PANAS.
DIA KANTOI BERCERAMAH DAN BERKEMPEN UNTUK PR.
KATANYA ADA TUJUH ISU YANG PAKATAN BOLEH GUNA UNTUK PASTIKAN BN MUSNAH


1. KENAIKAN HARGA BARANG.
2.SKANDAL PEMIMPIN BN.
3.ROYALTI MINYAK.
4.KEMPEN KONSEP NEGARA KEBAJIKAN.
5.KERAYATAN SABAH DAN SARAWAK.
6.CINA KELAS KE 2.
7.ISU NEGERI PEMBANGKANG.


JADI, ANAK ANAK MUDA BOLEH LIHAT.
INI ISU YANG BAKAL TUMBANGKAN BN.
YANG DICANANGKAN SENDIRI OLEH BOTAK NEGERI SIMBILAN.
MINTA SEMUA UMNO CAWANGAN.
UMNO BAHAGIAN MALAH PUSAT.
DAN SELURUH PEMIMPIN DAN PENYOKONG TEGAR PAKATAN MAHUPUN NUAR BERAHIM
BERKEMPEN DENGAN ISU ISU INI.