free counters

Sunday, 1 January 2012

Media Umno Sokong Anak Muda

Siswa: Saya dipukul ketika bantu rakan-Malaysiakini

Mahasiswa yang tercedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim semalam mendakwa beliau beliau dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis.

safwan slim river hospital 020112Bercakap kepada sidang media selepas dibenarkan keluar daripada hospital hari ini, Muhammad Safuwan Anang, 23, juga mendakwa beliau tidak melawan langsung pasukan keselamatan dalam insiden di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tampil lemah dengan kerusi roda yang disorong isterinya, Muhammad Safuwan mendakwa, dalam kejadian semalam, polis juga menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras.

Pihak polis Perak semalam bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.


________________________________________


MACAM MANE POLIS BOLEH KATEKAN YG PESERTA PERHIMPUNAN DI UPSI TU MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI..HAHA..ORG BODOH PON X BUAT CMTU..

SEKARANG..ORG YG DIPUKUL TELAH MENGATAKAN YG DIE DIPUKUL OLEH POLIS..

APE LG MAU CITE..HAHA..BENDA BAIK AKAN DIBALAS BAIK..JGN INGAT ORG YG MEMUKUL ITU AKAN TERLEPAS..DI DUNIA ANDA MUNGKIN BOLEH BERSENANG LENANG..

SUATU MASA NANTI..ANDA PASTI AKAN DIKENAKAN BALASAN YG SETIMPAL DENGAN APA YG ANDA TELAH BUAT..

AYUH ANAK MUDA..KITE BANGKIT MELAWAN PEMERINTAHAN YG ZALIM..

SEMALAM SEMASA MAHASISWA BERHIMPUN..ADE NAMPAK PANGLIMA LUDAH X?..HAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Anak Muda Telah Bangkit

Mufti: 'Pembantaian siswa' di UPSI membingungkan-Malaysiakini

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan insiden yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim semalam sebagai "pembantaian mahasiswa" yang amat membimbangkan.

Bekas zamil pelawat di Universiti Oxford itu menimbulkan rasa hairannya kenapa perhimpunan itu sampai "menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama"?

"Apakah pintu musyawarah sudah tertutup? Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan! Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya.

Seramai 17 mahasiswa ditahan dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan UPSI semalam dan seorang cedera serta dikejarkan ke hospital.

Kejadian itu mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO.

Pihak polis bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, pihak berkuasa sewajarnya menggunakan kebijaksanaan -- yang didakwanya makin hilang -- setika kemarahan peserta perhimpunan itu memuncak.

"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian!" katanya.

Dr Asri: Ingat apa berlaku di Tunisia

Sementara itu, bekas mufti negeri sama Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, beliau terkejut melihat kecederaan yang menimpa mahasiswa terbabit -- Muhamad Safwan Anang -- dan jika terbukti polis melakukan, ia sesuatu yang malang.

"Apa pun kena siasat siapa yang salah. Saya berpendapat golongan terpelajar mesti diberikan ruang bersuara dengan syarat aman dari rusuhan.

"Jika mereka diganggu atau dicederakan, ia petanda kezaliman sesuatu pemerintahan," katanya.

Dalam kenyataannya awal pagi tadi, Dr Asri berkata, walaupun tidak semestinya tuntutan mahasiswa dipersetujui, mereka tidak wajar diperlakukan sedemikian.

"Jika mahu tahan, tahan dengan prosedur yang betul, bukan pukul. Menindas mereka hanya membangkitkan sentimen kebencian kepada pihak kerajaan yang nanti tidak dapat diubati lagi.

"Kena ingat apa yang berlaku di Tunisia!" katanya yang kini bertindak sebagai zamil di Universiti Oxford.

Katanya, suruhanjaya siasatan perlu dibuat dan menasihatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah berjumpa secara tertutup dengan pihak polis.


__________________________________________

TINDAKAN POLIS AMAT MEMALUKAN..

LAGI POLIS PUKUL..LAGI LIGAT MAHASISWA UNTUK BERDEMO MENUNTUT KEADILAN..

PIHAK POLIS TAK BOLEH BUAT CMNI..INI MENUNJUKKAN PEMERINTAHAN SEKARANG SGT ZALIM..

MEREKA INGAT ANAK MUDA TAK BOLEH MENGGEGAR DUNIA KE..

APE LA YG DEPA TAKOT SGT DENGAN ANAK MUDA...

ABG2 POLIS DKT LUAR SNE..JGN LA MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH EMOSI..JGE LA PERANGAI ANDA..

MARI RAMAI2 KTE TOLAK UMNO..JGN BERI MEREKA MEMERINTAH LAGI..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

DETIK CEMAS DI UPSI



___________________________________

TENGOK LA VIDEO NI..KEBANGKITAN ANAK MUDA TELAH BERLAKU..

KITE TIDAK BOLEH LG BERDALIH..KITE PERLU TEROS BERJUANG..

RAMAI KATE HANYE MELAYU SHAJE YG BERDEMO DI UPSI..TETAPI..AK TGK ADE JE KAUM LAIN..

MAHASISWA TAK BODOH..ADE MSE KITE PERLU BELAJAR..ADE MSE KITE PERLU MEMBUAT PERKARA SEDEMIKIAN..

MEREKA YG KUTUK2 MAHASISWA NI MUNGKIN X PERNAH BERDEMO..MSTI KORG BEBAL..OTAK SEMPIT..BTOL X?..

ANAK MUDA MAMPU MENGGEGARKAN DUNIA..MARI KITE BERSAMA2 JATUHKAN UMNO..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Bukti Safwan Dipukul

..

_________________________________

ANAK MUDA TIDAK BOLEH BERDIAM DIRI LGI..

DGN VIDEO NI DA MENUNJUKKAN BUKTI YG SGT KUAT DISITU..

SAUDARA SAFWAN TELAH DIPIJAK OLEH ANJING2 UMNO NI..

KITE PERLU MENJATUHKAN UMNO.KITE MESTI SEMARAKKAN KEMPEN ABU..ASALKAN BUKAN UMNO

ANAK MUDA PERLU BANGKIT DARI DIBUAI MIMPI.JGN LG TEROS MELAYAN MIMPI YG SEDANG ANAK MUDA ALAMI ITU..

ANAK MUDA ADA SEMANGAT JUANG YG TINGGI..AWANG HITAM MEREKA LAYAN DGN BAIK..RAKYAT MALAYSIA DILAYAN SEPERTI APE?..FIKIRLAH SENDIRI..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Pemuda Pas Mengutuk Sekeras-Kerasnye terhadap polis

DEMO UPSI:17 TAHANAN DIBEBASKAN,SAFWAN SEMAKIN PULIH-MERDEKAREVIEW

"Lalu, tahun baru pun panas bertunas; lalu, demo siswa pun ganas ditindas." Demikianlah puisi yang ditulis oleh Sasterawan Negara A.Samad Said pada laman Facebooknya, setelah perhimpunan kira-kira 60 orang siswa-siswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disuraikan secara kasar oleh pihak polis.

Perhimpunan yang bermula pada jam 1.30 awal pagi 1 Januari 2012 ini berakhir dengan penangkapan 17 orang, termasuk 14 orang siswa, dan kecederaan tiga orang pemimpin siswa, iaitu Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang, Presiden KAMI Haziq Abdullah Abdul dan Amar Rasyidi.

OCPD Tanjung Malim Othman turun sendiri pada jam kira-kira jam 2 pagi untuk berunding dengan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab, menyatakan bahawa polis tidak berhasrat untuk menyuraikan pelajar dengan kekerasan, dan meminta agar pelajar bersurai dengan aman - memandangkan kedua-dua pihak adalah muslim.

Bagaimanapun, Syukri Razab menyatakan bahawa sudah 40 tahun siswa-siswi dikongkong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), dan mereka sebenarnya memperjuangkan kebebasan akademik untuk anak polis, mata-mata gelap (SB) di situ, supaya pemikiran mereka tidak disekat. Justeru itu, pihak siswa enggan bersurai.

Setelah tiga kali diberi amaran, siswa-siswi berundur ke luar pintu UPSI, malah salah seorang pelajar memanjat pagar dan menggesa agar pihak universiti membuka pintu. Melihat keadaan sebegitu, polis memberi arahan untuk menangkap siswa-siswi, dan keadaan mula kecoh ketika penangkapan berlaku.

Beberapa orang siswa yang berbadan tegap ditekan, malah cuba dibawa ke dalam kereta polis. Sepanjang proses itu, Muhammad Safwan Anang mengalami kecederaan sehingga darah kelihatan mengalir dari mulutnya, Haziq Abdullah Abdul pula pengsan dan Amar Rasyidi mengalami kecederaan sehingga lukanya pada dahi perlu dijahit.

Melihat keadaan Safwan yang serius, siswa yang kecemasan membawanya ke klinik yang terdekat, malah memecahkan pintu kaca klinik itu untuk mendapatkan rawatan bagi Safwan. Bagaimanapun, pihak klinik menganggap kecederaan Safwan amat parah, dan tidak terdaya untuk mengendalikannya. Safwan kemudian dikejar ke wad kecemasan Hospital Slim River.

Menurut saksi, siswa terpaksa mendapatkan rawatan cemas untuk Safwan kerana pihak polis tidak mengendahkan situasi yang dialami Safwan.

Mengecam pihak polis

Tindakan polis yang menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan siswa ini telah dikecam pihak pembangkang. Perhimpunan pada awal pagi ini diadakan sebagai tanda sokongan terhadap Adam Adli, yang diberi notis untuk hadiri prosiding tatatertib UPSI lantaran perbuatannya menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, dan menggantikannya dengan panji Kebebasan Akademik.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan memberi masa sehingga 12 tengahari ini kepada polis untuk membebaskan semua tahanan siswa, atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan anak muda.

"Pemuda Dewan Pemuda PAS membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas," tulis Nasrudin dalam blognya.

Di samping itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengeluarkan kenyataan, "Kita menuntut agar siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negeri memohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana."

Dalam perutusan Tahun Baru 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, beliau menyebut "Dasar Transformasi Nasional mempunyai permulaannya dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Kesemua inisiatif dasar ini bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru. Sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar."

Malah beliau menambah, "Kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana inilah kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Inilah usaha demi Generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan bukannya kemuraman. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini."


________________________________

LAWAN TETAP LAWAN..

BNYK PIHAK TELAH BERPIHAK KEPADE MAHASISWA..

MEREKA HANYA MEMBUAT PERHIMPUNAN AMAN..

POLIS TELAH MEMUKUL SAFWAN SEHINGGA MENDAPAT KECEDERAAN YG TEROK..PRESIDEN KAMI TELAH PENGSAN DAN LAIN2 LG..

JGN TAKOT DAN JGN GENTAR..

KERAJAAN TELAH MEMBUAT SATU TINDAKAN YG AKAN MEMBUATKAN MEREKA JATUH TERSUNGKUR PADE PRU 13 NANTI..

APABILA ANAK MUDA BANGKIT.HABIS LA MREKA..

KEZALIMAN HANYA AKAN DIRASAI APABILA DIE TELAH DIZALIMI..

AYUH ANAK MUDA..JGN TIDUR LAGI..

DUNIA INI AKAN MENJADI MILIK ANAK MUDA KELAK..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Jangan Beri Peluang Lagi.

Tanjong Malim, 1 Jan : Polis Perak hari ini akhirnya mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.

Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila mahasiswa melakukan demonstrasi aman menuntut kes Adam Adli digugurkan pihak universiti.

“Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan.” menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli dipetik The Malaysia Insider.

“Ini isu lama, masyarakat selalu cuba menjadikannya isu, sama seperti perhimpunan Bersih 9 Julai lalu,” katanya merujuk kepada perhimpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang bersih.

Awal pagi tadi, aktivis mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik mendakwa telah dipukul dan ditahan polis berikutan ingkar arahan bersurai daripada pihak berkuasa.

Dapat liputan meluas

Lanjutan daripada insiden berkenaan, 17 siswa ditahan dan Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) telah dikejarkan ke hospital Slim River dan kini dikatakan masih dalam keadaan lemah tetapi sudah boleh berbicara dan melontarkan senyuman.

Beberapa ahli keluarganya termasuk keluarga isterinya, Masturah Abu Bakar turut berada di hospital ketika ini.

Diberitakan beberapa giginya juga patah dan mulutnya berdarah serta mempunyai sedikit masalah di bahagian pernafasan.

Berita keganasan anggota polis dalam insiden awal pagi tadi itu mula mendapat liputan meluas di media sosial termasuk Twitter dan Facebook yang mengecam tindakan anggota polis menggunakan keganasan terhadap mahasiswa berkenaan.

Kesemua mahasiswa yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis kira-kira 4 petang tadi.

Fazli walaubagaimanapun tidak pasti tindakan selanjutnya yang akan dikenakan terhadap mahasiswa terbabit.

“Biar pihak atasan yang tentukan selepas keterangan mereka diambil.”

JUHAM mahu saman polis

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) hari ini berkata, tidakan tersebut jelas tindakan yang zalim, tidak munasabah dan bertentangan dengan norma-norma hak asasi manusia.

“JUHAM yang terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan membela dan menyokong para Mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di Mahkamah,” kata pengarahnya Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi.

“Malah, JUHAM bersedia untuk memberikan khidmat nasihat guaman percuma kepada para mahasiswa ini sekiranya mereka dipanggil untuk menghadiri tindakan tatatertib sebagai bukti sokongan padu JUHAM kepada gerakan mahasiswa yang mendokong kebenaran dan keadilan.”

Justeru, dalam kenyataannya hari ni, JUHAM menyeru saksi kejadian tampil dan menghubungi JUHAM bagi membantu pihaknya mengumpulkan bukti “keganasan” polis dalam perhimpunan tersebut.

Katanya, lima peguam JUHAM termasuk dirinya sendiri kini sudah berkampung di balai polis Tanjung Malim sejak awal pagi bagi menunjukkan sokongan dan kesediaan mewakili mahasiswa sekiranya polis mahu mendapatkan reman untuk terus menahan.

Jawatankuasa itu juga menyifatkan tindakan polis malam tadi sebagai pilih kasih dan tidak seperti layanan yang diterima oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang berhimpun pada 21 Disember lalu. - GZDaily


____________________________________________


BENDE YG DIPERJUANGKAN BAIK AKAN DIBALAS DGN BALASAN YG BAIK..

KITE MSTI MEMPERJUANGKAN HAK MAHASISWA..JGN BERDIAM DIRI LG..

JGN SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG..JGN JADI BEBAL..

KLO PENGAMPU ASPIRASI YG BUAT BENDE NI..MESTI KECOH MALAYSIA..

AKU HARAP..ORG YG BERTINDAK MEMUKUL ITU AKAN DIBALAS KELAK..

POLIS SUDAH LEBIH..DIE TELAH MEMBUATKAN SEMANGAT ANAK MUDA MEMBUAK2 UNTUK TEROS BERJUANG..

ANAK MUDA TIDAK BOLEH BERDALIH LG..PERLU TEROS BERJUANG UNTUK KEADILAN..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Mahasiswa dipukul teruk oleh polis

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan-Malaysiakini

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.


______________________________________________________


POLIS SUDAH LEBIH..

ANAK MUDA PERLU BANGKIT MELAWAN PEMERINTAHAN YG ZALIM..

JGN MNGIKOT TELUNJUK MEREKA LG..

APA SALAH MEREKA SEHINGGA DIPUKUL HINGGA BEGINI RUPA..TAKOT SGT KE MREKA DGN MAHASISWA..

MEREKA ADA BWK BOM KE SENJATE2 YG MEMBAHAYAKAN KE?

INGAT..DI DUNIA ANDA BOLEH BERBUAT DEMIKIAN..TETAPI ANDA AKAN MENDAPAT BALASANNYA KELAK..


ANAK MUDA TOLAK UMNO