free counters

Friday, 21 December 2012

Cerita aktivis mahasiswa Omar yang dipenjara


Beberapa bulan lepas, berlaku satu peristiwa di mana mahasiswa mengadakan protes bagi menuntut pihak kerajaan UMNO/BN memansuhkan PTPTN seterusnya memberikan pendidikan percuma kepada mahasiswa.

Demonstrasi telah diadakan di Kuala Lumpur. Selepas himpunan tersebut, mahasiswa membuat keputusan secara tiba-tiba untuk mengadakan kem dan berkhemah di Dataran Merdeka bagi meneruskan protes sehingga kerajaan bertindak.


Seterusnya, seorang mahasiswa bernama Umar Mohd Azmi telah dijatuhkan hukum penjara 1 bulan dan denda RM1,000 kerana dikatakan cuba menghalang tugas polis menangkan aktivis occupy dataran, Fahmi Reza.

Kini, Umar dikatakan sedang menderita di dalam tahanan dan mengharapkan supaya mahasiswa menuntut pembelaan di atas kejadian tersebut.

Tindakan di buat beramai - ramai, bukan berseorang. Justeru, tidak patut dibiarkan beliau berseorang sahaja.

Adakah hukuman ini adil ?
Sedangkan si perogol, perasuah dibiarkan begitu?


#Justice4Umar
#ReleaseUmar

No comments:

Post a Comment