Dakwaan bahawa kerajaan menyekat kebebasan media tidak mempunyai asas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONESebaliknya, katanya, kerajaan telah berikrar untuk sentiasa mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan wartawan dan media terus memainkan peranan dalam proses demokrasi.

Bercakap dalam acara Anugerah Kewartawanan Institut Kewartawanan Malaysia, Muhyiddin berkata, sekiranya kerajaan mengambil tindakan itu, tidak akan wujud media yang kritikal terhadap kerajaan.

Beliau mempersoalkan, sekiranya tiada kebebasan, bagaimana portal dan akhbar pembangkang yang didakwanya memutarbelitkan kebenaran dan menghentam kerajaan boleh wujud.