free counters

Wednesday, 25 April 2012

ANAK MAT SAID KANTOI ROMEN DEKAT SURA GATE

SEJAK UMNU PERINTAH TERENGGANU.
MACAM NI LA JADINYA.
ANAK MUDA BUKAN LAGI SEPERTI DULU.
ZAMAN HADI MUDA-MUDA DULU.

TAPI DAH MACAM ZAID BERAHIM MASA DEKAT OBERSEA DULU.
MACAM NI KESANNYA 
BILA MELAYU DULU,
ISLAM KEMUDIAN.
ORANG TERENGGANU,
KENAPA TAK SEDAR LAGI?
BAHAWA TERENGGANU MAKIN TERUK DIBAWAH REJIM 
HAIISHHHHH

Pelajar berkhalwat di hotel
Wartawan Sinar Harian
17 April 2012
Pelajar berkhalwat di hotel
SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

PENGERUSI PTPTPU KELUAR FATWA

INI DIA SORANG MAMAT KACAK JAMBU.
YANG MENJADI KETUA GERAKAN PTPTPU
TELAH KELUARKAN FATWA.
BAHAWA PTPTPU TIDAK ZALIM.
MALAH MAHA SUCI DAN BANYAK SUDAH TOLONG MAHASISWA.
MAHASISWA YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR.





BELIAU KELUAR FATWA BAHAWA PTPTPU TIDAK PERNAH ADA RIBA'
WOII! YANG INTEREST DAN BAYAR LEBIH TU APAKEMENDE?
DUIT TIP BELI NASI LEMAK BREAKFEST HANG KE?

YA ALLAH , MENIPU JE KERJA
PATUT LA MACAM NI , SEMUA DALAM BADAN TU UMNO RUPANYA.
PENGERUSI MERUAPAKAN AHLI PARLIMEEN KUALA KRAUUU

GEMPAR GENG CINA DUDUK KUALA LUMPUR LAUNG SUMPAH LAWAN UMNO

INI SATU CERITA
YANG ORANG CINA BOLEH BUAT
DAN MELAYU PUN BOLEH BUAT.
AKTIVITI DAN PROGRAM MELAWAN BERFAEDAH
YANG TIDAK 'HARAM'
SERTA TIDAK MENGGANGU MASYARAKAT SELURUHNYA.

JUGA TIDAK KACAU PERIUK NASIK DATUK BANDAR.
YANG EMPUNYA DATARAN PENJAJAH TU.
KALAU ORANG KACAU TEMPAT TU,
TERTUTUP LA PERIUK NASIK DATUK BANDAR,
MACAM MANA NAK BG MAKAN ANAK BINI.

DAN PROGRAM INI BERJALAN HANYA MELALUI FESBUK.
BILA ADA YANG PUNYAI SEMANGAT MELAWAN.
TAPI MAHUKAN SESUATU YANG KREATIF.
MEREKA BERLARI DAN BERLARI.
DEMI MENYINDIR DEWAN LEMBU.
BAHAWA DATARAN HANYA TEMPAT UNTUK SOKAN DAN KEBUDAYAAN.



Berjoging sambil menyindir DBKL-MALAYSIAKINI
Dalam hujan lebat lewat petang semalam, sekumpulan pengguna Internet berpakaian kemeja-t Kuning berjoging sekitar Dataran Merdeka sebagai respons sinis kepada penegasan Datuk Bandar bahawa tempat itu hanya boleh digunakan untuk "acara nasional, sukan dan kebudayaan".
NONE
Penganjur Chong Kok Siong menguruskan acara itu melalui Facebook pada Isnin dan menerima akuan penyertaan daripada 49 orang dengan 36 lagi mempertimbangkan menyertainya.

Walaupun hujan menyebabkan kehadiran kurang, peserta yagn hadir tetap meneruskan hasrat mereka.

Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Liau Kok Fah, antara peserta perhimpunan itu berkata, ramai penyokong terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan tidak dapat menyertai program joging itu.

NONEPelari berhimpun berdekatan Tugu Negara sebelum berlari ke Dataran Merdeka, melakukan empat pusingan di padang dan kembali, meliputi jarak kira-kira 5km.


DATUK BANDAR MENGAKU DIBAYAR EZAM

INI DIA CERITA DATUK BANDAR.
YANG DAH BERI AMARAN PADA GENG PAK SAMED BERSEH
SUPAYA KELUAR DAN BERALIH KE STADIUM
DAN JANGAN BERHIMPUN DI DATARAN


MAHASISWA SUDAH,
RAKYAT BAGAIMANA LAGI?
PERCAYALAH.
KALAU DEWAN KETUA LEMBU INI TUTUP DATARAN.
KUALA LUMPUR AKAN LUMPUH.
PERCAYALAH.


MEREKA TAKUT KITA BERHIMPUN DI DATARAN.
SEBAB NANTI MEDIA LUAR NEGARA AKAN NAMPAK.
DATARAN MERDEKA JADI MACAM DATARN TAHRIR.
RAKYAT BANGUN!


Amaran keras Datuk Bandar kepada BERSIH-MALAYSIAKINI
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Bertegas dengan keputusannya tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan tersebut, Ahmad Fuad menegaskan tindakan yang sama akan diambil sepertimana tindakan terhadap kumpulan mahasiswa anti-PTPTN yang 'berkampung' di tempat yang sama.

"Seperti (mahasiswa) anti-PTPTN, contoh yang sama juga kita akan ambil jika mereka melanggar undang-undang.

"Bila tiba masanya, tindakan akan kita ambil...Untuk menjamin keselamatan, kita serah kepada polis... Bagilah kita bekerja juga," katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan delegasi BERSIH di pejabatnya hari ini.

Demo anti-PTPTN menyaksikan enam aktivis ditahan polis dan ada barangan mereka dirampas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pertemuan hari ini menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berhubung lokasi alternatif yang dicadangkan.

BERSIH berkeras mahu tetap berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya Ahmad Fuad mencadangkan mereka mengubahnya ke Stadium Merdeka - yang terletak kira-kira 1km dari situ.

Monday, 23 April 2012

Ekhsan, Saiful dipukul hingga berdarah. Syahid bergelut dengan DBKAL

HARI INI,
SAYA CUKUP SEDIH .
PABILA DATARAN MERDEKA
TELAH MENJADI DATARAN PENJAJAH.
DATARAN YANG SEKIAN LAMA DIBINA UNTUK RAKYAT.
TELAH DITUTUP OLEH SANG PENGUASA
ATAS ARAHAN PEMERINTAH KAPITALIS MELAYU.

MAHASISWA DAN ANAK MUDA BERGELUT DENGAN PEMERINTAH.
KHEMAH MEREKA DIRAMPAS.
TABUNG DUIT MAHASISWA DICURI.,
SYAHID PENGERUSI BANGKIT BERDEPAN DENGAN PENGUASA.
TERDAPAT BEBERAPA MAHASISWA TELAH DIPUKUL HINGGA BERDARAH

YAAAA! MUNGKIN ADA BEBERAPA TINDAKAN MEREKA SEMACAM MELAMPAU.
DAN BODOH.
TAPI APAKAH KERJA PENGUASA MELINDUNGI RAKYAT ATAU PEMERINTAH?

POLIS DAN DBKAL SEKALIAN
ANDA BEKERJA UNTUK RAKYAT.
DIBAYAR DENGAN DUIT RAKYAT
BUKAN DUIT ba BEE ENNN. 

APA YANG RAKYAT MAMPU BUAT ADALAH.....

 TOLAK BERUK - BERUK UMNO YANG SEMATA-MATA NAK DUIT SAHAJA.
ANAK MUDA SILA INGAT.
KALAU TAK MAMPU NAK KELAPANGAN.
MASA PANGKAH.
SILA BERINGAT-INGAT.

Bocor UMNO bayar DBKAL usir rakyat dan Mahasiswa

HARI INI, 
MAHASISWA DAN ANAK MUDA TELAH DIUSIR.
DUA ORANG MAHASISWA TELAH DITANGKAP PENGUASA.
PADA HARI INI.
MONYET DAN GENG BOTAK SUDAH TIDAH TAHAN MELIHAT.
MELIHAT RAKYAT BANGKIT
EKHSAN BUKAHREE TELAH DIPUKUL DAN DILAUK OLEH PENGUASA,
SAFWAN ANANG TELAH DITUMBUK DBKAL.
BAGAIMANA MAHASISA BERGELUT.
BEGITULAH RAKYAT PERLU INGAT.
KETIKA PANGKAH UNDI NANGTI.
DATARAN MERDEKA
YANG MENJADI MILIK RAKYAT SEBAGAI SIMBOL PEMBEBASAN
TELAH MENJADI DATARAN PENJAJAH PADA HARI INI.
WAHAI MONYET SEKALIAN,

RAKYAT AKAN INGAT SAMPAI BILA-BILA.

 




DBKL pagar Dataran, usir peserta perkhemahan - MALAYSIAKINI
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.

Menurut seorang peserta perkhemahan, Temme Lee, seramai kira-kira 30 orang pegawai DBKL mengepung tapak perkhemahan itu dan merampas khemah serta kanopi ketika peserta berkenaan sedang tidur.

NONEPegawai DBKL itu kemudiannya bertindak memagari kawasan berkenaan dengan pagar besi dan pita kuning, dalam operasi kira-kira jam 6.15 pagi itu, kata Temme.

Menurutnya lagi, pegawai berkenaan merampas sepuluh khemah dan empat kanopi.

"Mereka ambil semua (barang) kecuali makanan," katanya yang menambah, barangan peribadi peserta berkenaan termasuk beg dan dokumen pengenalan turut dirampas.

Wanita itu juga berkata, satu pergelutan kecil turut berlaku di antara peserta dan penguatkuasa tersebut namun tiada penahanan atau insiden serius berlaku seperti dalam operasi pada Ahad lalu.

IPTS=$$$ kroni .


Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?

by STAFF BERITA SEMASA on APRIL 19, 2012
Rang undang PTPTN Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
(Sumber : Hansard Parlimen 1997)
Bagi kami jika kita mampu mendemokrasikan pendidikan Malaysiadiperingkat rendah dan menengah, mengapa tidak peringkat pengajian tinggi? Pengajian tinggi sepatutnya didemokrasikan dan merupakan hak semua rakyat Malaysia dan bukannya atas nama “keistimewaaan” dan diswastakan supaya terus relevan dan seiring dengan jaminan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 12).
“Pendidikan juga tidak sepatutnya menjadi “medium’” dagangan yang boleh dijual beli”
Walaubagaimanapun, landskap pendidikan Malaysia telah mula berubah bermula pada tahun 1996 lagi ketika negara dalam suasana menginjak ke era globalisasi di mana kerajaan Malaysia mula memperkenalkan polisi terbarunya iaitu penyediaan pendidikan berdasarkan permintaan pasaran semasa.
Dalam pada masa yang sama, kerajaan telah menambah satu lagi akta yang dinamakan Akta IPTS 1996. Dengan pengenalan Akta IPTS 1996 ini, membolehkan syarikat-syarikat korporat mendapat “lesen besar” untuk bersama-sama membekalkan dan menyediakan pendidikan tinggi kepada rakyat Malaysia.
Pinjaman PTPTN Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
Setahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1997 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Pada masa itu, sebuah demi sebuah Institut pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah mula dibuka termasuklah :

Antara Senarai IPTS di Malaysia

  1. Telekom Malaysia (TM) buka Universiti Multimedia (MMU)
  2. Tenaga Nasional Berhad (TNB buka Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  3. Petronas buka Universiti teknologi petronas (UTP)
  4. MCA juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  5. UMNO membuka Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR)
  6. MIC memperkenalkan Universiti AIMST
  7. Gerakan pula membuka Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
  8. Dan lain-lain lagi selepas itu.
Kalau sebelum ini, kerajaan dilihat menyediakan sepenuhnya pendidikan kepada rakyat Malaysia tetapi dengan wujudnya akta baru tersebut (Akta IPTS 1996), ia mula dialihkan sedikit demi sedikit peranan dan tanggungjawabnya kepada syarikat-syarikat korporat.
Akta Pendidikan dan Akta Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 juga dilihat bermulalah era lambakan bilangan IPTS dan kolej-kolej swasta yang tumbuh “bak cendawan selepas hujan” dan anda boleh lihat dan perhatikan kesan pada hari ini. Hari ini, sedikit demi sedikit kebergantungan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi berjaya dikurangkan.
Penubuhan IPTS Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
Sumber : Hansard  Parlimen 1997

Mengapa & Kenapa IPTS Terus Mendapat Tempat Dikalangan Rakyat Malaysia? 

Akibatnya, apabila IPTS diberikan ruang yang cukup luas, akan berlakunya elemen komersial dalam pendidikan tinggi negara sehingga menyebabkan mereka meraih keuntungan besar disebaliknya keperitan anak-anak muda dalam menimba ilmu. Walaupun yuran dan kos pengajian yang ditawarkan adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding IPTA, tetapi permintaan terhadap IPTS terus mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Ini kerana :
  1. IPTS sekarang ini bukan lagi dijadikan pilihan disebabkan minat dan kemahuan tetapi lebih kepada elemen “terpaksa”. Mengapa kami katakan begini? Ini kerana apa yang berlaku sekarang ini kurangnya tempat di IPTA sekarang ini tetapi dalam pada masa yang sama pengumuman pelajar SPM setiap tahun semakin bertambah angka dan bilangannya. Itu yang pertama.
  2. Keduanya, walaupun kos pengajian yang ditawar adalah lebih tinggi, IPTS terus berjaya mengatasi masalah kewangan yang membelengu bakal pelajar mereka (pelanggan mereka). Apa langkah penyelesaiannya? Terima kasih kepada bantuan pinjaman PTPTN + caj pentadbiran. “Anda mahu belajar di tempat pengajian kami? Berhutanglah dengan PTPTN. Insyaallah masalah kewangan anda akan selesai”.
PTPTN telah berjalan sejak tahun 1997. Persoalannya sekarang, berapa angka hutang PTPTN yang ditanggung kerajaan sebenarnya selama ini? Kerajaan mengatakan baru-baru ini jika PTPTN dimansuhkan, kerajaan Malaysia akan berdepan tanggungan hutang sebanyak RM43 bilion dan berkemungkinan juga boleh muflis. Begitulah lebih kurang butir-butir ayat yang keluar. Apabila isu PTPTN mula “meletup” sekarang ini, ada baiknya kita semak angka yang sebenarnya berlandaskan fakta dan data yang tepat bukannya berdasarkan persepsi atau cakap-cakap kosong di kedai kopi.
Daripada 856,172 peminjam yang telah menggunakan “perkhidmatan PTPTN” selama ini sejak daripada tahun 1998 lagi, kerajaan telah berjaya memungut hutang PTPTN semula sebanyak RM2.22 bilion.
Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
Apabila namanya berhutang, biasanya jarang orang berhutang hari ini dengan institusi kewangan seperti bank contohnya, hari ini pinjam RM50 ribu tahun depan terus bayar habis. Tidak sama sekali, jarang sekali ada kes sebegitu. Kerajaan baru-baru ini pun memaklumkan di Dewan Rakyatyang mana mereka baru sahaja habis membayar semula pinjaman daripada Bank Dunia selepas meminjam lebih 10 tahun lamanya dengan institusi kewangan tersebut.
Jadi, biasanya untuk membayar semula sesuatu pinjaman ada tempoh dan jangkamasanya yang disesuaikan dengan kemampuan untuk membayar semula.
Pinjaman Bank Dunia Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
Di bawah ini pula angka yang menunjukkan berapa ramai daripada anda-anda semua atau anak-anak anda yang memohon PTPTN, pinjaman PTPTN tersebut telah diluluskan. Jumlah angkanya setiap tahun, boleh anda semak berdasarkan gambarajah di bawah ini. Apa maknanya lulus di sini? Lulus di sini maksudnya, permohonan anda untuk meminjam PTPTN sudah lulus untuk tandangan  perjanjian dan ini tidak bermakna ia merupakan jumlah yang bakal/telah diagihkan kepada para peminjam PTPTN.
Jumlah pinjaman PTPTN Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
Ini kerana tidak semua peminjam yang lulus permohonannya bersetuju untuk terus menerima duit tersebut. Mungkin mereka sudah berubah fikiran ataupun sudah mendapat sumber kewangan yang lain. Jadi jikalau begitu, berapa jumlah sebenarnya jumlah pinjaman yang telah diagihkan kepada peminjam selama ini?
Pembiayaan Pendidikan PTPTN Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
Berdasarkan semakan pada Laporan PTPTN tahun 2011, PTPTN hanya membayar atau mengagihkan duit pinjaman PTPTN kepada peminjamnya sejak tahun PTPTN diperkenalkan sehinggalah sekarang, jumlah pembayarannya adalah berjumlah RM24.9 bilion. Ini bermakna, PTPTN hanya akan meminjam sejumlah dana daripada institusi kewangan yang dipilihnya berdasarkan jumlah yang perlu diagihkan kepada peminjam. Ulang suara, diagihkan. Berapa jumlah yang diperlukan, itulah sebenarnya angka yang bakal dipinjamnya daripada institusi kewangan.
Pembiayaan Pendidikan IPTA Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
Kenapa kami katakan, kerajaan dilihat sudah mengalihkan tanggungjawab sebenarnya untuk menyalurkan dan menyediakan sistem pendidikan untuk semua rakyat Malaysia kepada badan korporat yang menubuhkan IPTS? Di atas ini adalah angkanya. Mengapa kami tunjukkan pendapatan yang diterima kerajaan Malaysia daripada hasil kekayaan petroleum & gas negaraselama ini? Ini adalah salah satu sebabnya. Sayangnya….
  • pendapatan kerajaan Malaysia yang diperoleh daripada kekayaan petroleum & gas meningkat dan berada pada paras yang tinggi setiap tahun tetapi malangnya
  • peruntukkan untuk pendidikan negara terutamanya melibatkan IPTA di seluruh Malaysia telah mula mengecil.
Dan semakan kami berdasarkan Rancangan Malaysia ke 10, kerajaan tidak bercadang untuk menambah peluang pendidikan di IPTA kepada rakyat Malaysia dengan membuka universiti tempatan yang baru. Apa yang dilakukan sekarang adalah menggalakkan kewujudan kolej swasta. Erm…..
IPTA Malaysia Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion?
Jadi berapakah hutang sebenar PTPTN yang ditanggung kerajaan Malaysia? Sepatutnya kiraannya mestilah berdasarkan jumlah agihan pinjaman yang terkini kepada peminjam contohnya ditolak dengan jumlah yang telah dibayar oleh peminjam dan berjaya dikutip oleh PTPTN setakat ini. Kami pulangkan semula kepada anda menjawabnya berapa angka dan jumlah sebenarnya hutang PTPTN…….
Semalam, kami ada meletakkan supaya apalah kiranya supaya caj pentadbiran dimansuhkan. Hari ini, kami juga berharap kerajaan mula mempertimbangkan untuk menambah bilangan universiti di Malaysia supaya rakyat malaysia kebanyakannya tidak terus bergantung kepada IPTS dan kolej swasta yang lain semata-mata bagi mendapatkan & menikmati pendidikan di peringkat tinggi. Pelaburan terhadap pendidikan negara jika diuruskan dengan baik dan amanah merupakan “pelaburan terbaik kepada negara yang boleh dituai hasilnya pada masa akan datang”
P/S : PTPTN memang ada jasanya dalam pendidikan negara. Tetapi, bukankah lebih baik jika sistemnya dirombak semula ke arah yang “mesra pengguna” bukannya “membebankan peminjam” yang rata-rata rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu?

____________________________________________________________________________________________________
PERGHHH STILL TAK PERASAN LAGI KE? EVEN NAK BUAT LOAN BANK PUN SYARAT DIA TINGGI. INI NAK PINJAM PTPTN SENANG GILERRR KALAU SEBAB NAK MASUK IPTA TAKPE LAGI, INI IPTS YG MANA ADA STGH TU SIJIL DIA TAK DIIKTIRAF LANGSUNG, KAH KAH. KAN DAH ANIAYA BUDAK2X KG YG JUMUD TENTANG POLITIK KOTOR, YG DAHAGAKAN ILMU, YG MAHU MASUK UNIVERSITI SEKALI TERTIPU DGN JANJI MANIS KRONI KRONI, YG HANYA MAHU MENGAMBIL KEUNTUNGAN. NAUZUBILLAH, AYUHHHH!!! BANGKIT WAHAI PEMUDA-PEMUDA, TENTANG HABIS HABISAN PENTADBIRAN YG KOTOR INI. 
HAMBA YG DAHAGAKAN KEBENARAN.