free counters

Friday, 2 December 2011

umno cite lebey


________________________________________________
CKP PR MCM2..TP DIE YG TEROK..HAHA

BOLEH JALAN LA..CKP SMA DIE PUNYE LEMBU2 BLEH LA DPT SOKONGAN..

BANDINGKAN PR DGN UMNO..UMNO LA RASIS..UMNO LG PENGKHIANAT MELAYU..BKN PR..

UMNO TEROK..JGN UNDI DORG SAMPAI MATI..

JGN BNYK SGT TGK TV3 SUKU TU.DEPA PENIPU..JGN DITIPU OLEH DEPA..LG2 UTUSAN MELOYA..HAHA..

KITE PERLU MELAKUKAN PERUBAHAN..


ANAK MUDA TOLAK UMNO..
UMNO TUMBANG PRU 13..





Thursday, 1 December 2011

apabila umno mau rampas pulau pinang

Serah kerusi tak diyakini menang kepada Umno-Malaysiakini
Perwakilan Pulau Pinang Umno mahu parti komponen BN menyerahkan semua kerusi yang mereka tidak yakin akan menang pada pilihan raya umum akan datang kepada Umno.

NONEDalam membahaskan usul ucapan dasar presiden, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, mereka yang tumbang pada pilihan raya 2008 dan tidak yakin mampu merampas kembali kerusi berkenaan perlu menyerahkannya kepada Umno untuk cuba ditawan semula.

"Umno banyak berkorban membenarkan parti komponen bertanding di kawasan majoriti Melayu, selain membiarkan mereka bertanding di kawasan majoriti Cina.

"Ini kerana orang Melayu dan Umno, dalam semangat BN sanggup berkorban. Namun jika mereka tidak yakin boleh menang kerusi itu pada pilihan raya akan datang, pulangkan lah kepada Umno,” katanya.

Menurut Musa, MCA dan Gerakan tidak boleh menang sesetengah kawasan di Pulau Pinang dan mereka mesti menyerahkan kerusi tersebut kepada Umno.

Musa juga menyentuh mengenai persetujuan Umno Pulau Pinang untuk menerima calon luar sekiranya ada bahagian yang tidak mempunyai calon 'winnable candidate' bertanding pada pilihan raya umum akan datang

Bagaimanapun, beliau mengingat calon 'perdana menteri' itu supaya "menghormati" kepimpinan dan akar umbi bahagian dengan 'bagi salam bila masuk rumah orang'.

"Dia jadi calon di bahagian, mai datang mengepak, kata aku calon PM, dia mai, dia masuk, tak pernah jumpa ketua bahagian, ketua Pemuda, tak hormat Wanita," katanya sambil mendada dan mengangkat tangan seolah-olah menyekak pinggangnya.

"Dia bawa ketua Wanita, Pemuda dia masuk kampung... (Bagi) kursus dekat depa dulu di Janda Baik (tentang) apa itu Umno... Ni pakai coat, pakai tie masuk kampung, mampuih la," kata sambil disambut gelak ketawan perwakilan.

Sebelum itu, berucap membahaskan ucapan dasar presiden, Musa yang juga timbalan ketua Umno negeri berkata kekalahan BN di negeri itu perlu diambil iktibar oleh semua pihak.

NONETegasnya, pucuk pimpinan tidak boleh menyalahkan kepimpinan bahagian susulan kekalahan calon Umno di Parlimen dan DUN pada pilihan raya umum lalu.

"Jangan letak kesalahan itu pada bahagian. Pucuk pimpinan juga bertanggungjawab dengan kekalahan itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau juga menegaskan supaya pucuk pimpinan "mendengar rintihan" bahagian berhubung pemilihan calon dalam pilihan raya akan datang.

"Kita cakap rakyat didahulukan, jadi rakyat sahaja yang tahu siapa akan jadi calon mereka.

"Kita akui ada bahagian adalah masalah, ketepikan (dahulu), kita tidak cakap soal pemilihan (parti), kita cakap nak menang (untuk kuasai) Pulau Pinang," katanya.

Beliau juga mencadangkan agar jawatankuasa displin pilihan raya ditubuhkan serta merta bagi mengambil tindakan terhadap ahli menjadi "pembelot" dalam pilihan raya.

"Kita hantar gambar, video, tapi tidak ambil tindakan... Kita nak menang pilihan raya, tapi tidak tegas dalam parti kita sendiri.

"Saya buat teguran ikhlas, sebab kita nak menang... Kami terseksa di Pulau Pinang," katanya.

_______________________________________________
HANG MCM KONFEM JE BLEH MNG..PIGI DA..
HANG INGAT SNG KE MAU MNG..HAHA..
APA YANG HANG TERSEKSA..TERSEKSA X DPT PROJEK KA.HAHA..
UMNO DAN LEMBU2NYA SAMA SAJA..

ANAK MUDA TOLAK UMNO



umno mau rampas selangor.

Umno sudah nampak jalan rampas Selangor-Malaysiakini

Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari kedua hari ini bermula dengan penyambungan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden.

Antara mereka yang membahas hari ini, adalah perwakilan Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz.

Beliau memulakan perbahasan dengan membidas kerajaan negeri Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa terbabit dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan.

azlan“Penjualan aset-aset PKNS dan Yayasan Selangor dipergadai. Dalam manifesto PRU12, mereka berjanji sediakan premis yang cukup dan latih usahawan.

“Sewa premis di bangunan PKNS dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat turunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja, sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya,” katanya.

Tak hebat mana

Menurut Johan lagi, kerajaan Pakatan di Selangor tidaklah sehebat mana dan Umno Selangor telah bermuhasabah setelah kekalahan pedih semasa pilihan raya umum 2008 yang lalu. Dakwanya, mereka kini sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Kami di Selangor amat rasa pedih akibat kalah pada PRU12. Kami cemburu dengan negeri-negeri yang menang, rasa tersiksa di bawah pembangkang. Kami sudah bermuhasabah dan sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Pembangkang tak hebat pun. DAP yang rasis, PKR dengan masalah peribadi pemimpin dan PAS yang tidak tetap pendirian. Pembangkang boleh perlekeh Sultan," katanya.

azlanTurut menjadi sasarannya adalah pakar perlembagaan dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi kerajaan.

“Saya cabar profesor Melayu ini letak jawatan segera dan masuk politik sebenar. Jangan guna institusi akademik untuk perlekeh kesultanan Melayu. UMNO akan pertahankan raja-raja Melayu

“Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...” laungnya.

Beliau juga membidas kerajaan negeri Selangor yang meletakkan semua projek mega di bawah MBI (Menteri Besar Incorporated).

Selain itu, dakwanya, pusat-pusat maksiat tumbuh “macam cendawan tumbuh musim hujan” di bandar-bandar utama seluruh Selangor.

prostitution, desa mentari, police raid“Selangor lubuk maksiat. Lesen hiburan dulu 400 sekarang 4,000 lebih. (Ini belum lagi jumlah) rumah urut, pusat video game.

“(Rakyat) miskin bandar dan luar bandar masih ketara. Saya nak cadangkan jika benar nak kembalikan Selangor dan negeri-negeri yang tewas, kerajaan perlu dan wajib melipatgandakan peruntukan,” katanya.

Tikam belakang

Menurut Johan, bagi merampas semula Selangor, ahli Umno dan juga komponen BN tidak harus menikam belakang manakala kerjaan pusat perlu meningkatkan peruntukan kepada negeri itu.

“Kalau nak menang jangan tikam belakang, jangan main belakang. Saya pastikan rakan-rakan negeri Selangor berpendirian yang sama. Selangor tak main belakang, yang pasti kami tikam dan main depan, bukan belakang,” katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

NONEJohan juga meminta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno supaya turun padang bagi berkempen dan tidak mengharapkan tanggungjawab itu dipikul semata-mata oleh presiden dan timbalan presiden.

“Kalau nak perubahan besar ia mestilah bermula dari atas. PM dan TPM tak menang tangan turun padang di Selangor. Ahli Majlis Teringgi bantulah terutama di negeri-negeri yang tewas.

“Kalau gerak kerja seperti pemilihan Umno, sudah pasti kita boleh menang besar bukan sahaja di negeri yang menang, malahan di negeri kalah.

“Kalau MT sanggup berkorban 10 kali ganda, kami sanggup keluarkan 100 kali ganda,” katanya.


___________________________________________________

SUDA NAMPAK JALAN NAK RAMPAS SELANGOR?..BOLE JALAN LA..

APE PASAL MAU AMEK BALIK SLGR..SUDAH X DA DUET..HAHA..

RAKYAT SELANGOR X BODOH..RAKYAT SELANGOR BUKAN MCM LEMBU FEEDLOT TAU..

RAKYAT SELANGOR CUKUP BERPUAS HATI DGN PEMERINTAHAN KERAJAAN PR..

RAKYAT SELANGOR TIDAK MAU UMNO-BN MEMERINTAH LAGI..JIKA UMNO-BN MEMERINTAH..ABIS LINGKOP SELANGOR..

X PYH LA NK BERANGAN NK RAMPAS SELANGOR..KLO X TERCAPAI.KCEWE TAHAP GABAN NANTI..HAHA..TAKOT SI MONGOLIA DAN LEMBU2NYA FRUST MENONGGENG..HAHA

SEKARANG NI MAT BANGLA,MYANMAR,VIETNAM DAN LAIN2 SEDANG BERSIAP SDIE NK BANTU UMNO BANGSAT NI..HAHA


ANAK MUDA TOLAK UMNO.

UMNO TUMBANG PRU 13..JGN BG MEREKA MEMERINTAH LGI.

Pak Samad ketuai pembantahan akta perhimpunan

Pak Samad ketuai protes bantah Akta Perhimpunan-Malaysiakini
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok, bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan.

klcc walk for freedom of assembly crowdKebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun.

"Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi.

“Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.

Samad, 76, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad seorang penyajak dan penulis novel yang tidak asing lagi dengan demonstrasi. Beliau pernah mengetuai bersama perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dan perhimpunan anti-PPSMI pada tahun 2009.

malaysian can walk klcc 261111 08Acara yang bermula jam 2 petang itu sekali lagi dianjurkan melalui Facebook. Ia menuntut rang undang-undang itu ditarik balik segera dan semua rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos.

Penganjur berharap untuk bilangan yang akan hadir kali ini akan meningkat kepada 800 orang. Setakat ini, tidak kurang 300 warga maya telah mengesahkan penyertaan mereka.

Tidak seperti minggu lalu, penganjur kali ini meminta para peserta membawa makanan untuk "perkelahan petang" dan seperti lazimnya untuk membawa bersama bendera, belon dan bunga, serta berpakaian dengan warna kuning.

____________________________________________________________-

PAK SAMAD TURUN PADANG..BGOS NI..

RAMAI2 LAH BANTAH UNDANG2 BODOH NI..


HARAP2 RAMAI YG AKAN MENYERTAI PEMBANTAHAN INI..


NI MCM PEMBANTAHAN SEMPOI LA KIRENYE..HAHA..TERBAEK..



ANAK MUDA TOLAK UMNO

RAMAI2 TENTANG UNDANG2 BODOH UMNO NI..

Pakdin dah merapu..

Muhyiddin: Ada pihak 100 kali lebih rasis dari Umno-Malaysiakini


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan bahawa ucapannya ketika merasmikan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - kelmarin adalah bersifat rasis.

Katanya, apa yang diucapkannya "bukan suatu yang berbeza sebaliknya memperkukuhkan kesedaran baru" di kalangan orang Melayu tentang perjuangan parti itu.

NONE"Tidak ada perbezaan, apa yang disebutkan dengan sejarah yang telah dinyatakan.

"Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata dia (ini) rasis.

"Mereka tidak sedar, dia lebih seratus kali lebih rasis daripada kita," katanya menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menyatakan dengan jelas identiti yang dimaksudkan sebaliknya menyifatkan mereka itu "tak ada bukti bahawa dia sanggup bekerjasama dan sanggup berkongsi pengalaman dan kuasa".

Bercakap pada sidang media selepas mendengar ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Razak, Muhyiddin berkata amanat itu yang menyentuh sejarah parti membuktikan bahawa Umno tidak bersikap rasis.

NONEIni kerana, kata Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri, Umno sedia berkongsi kuasa dan memperjuangkan prinsip bukan untuk satu kaum.

"Walaupun sejarah dahulu, kita dalam satu peringkat boleh menubuhkan kerajaan Umno sendiri dalam pilihan raya pertama lalu, tetapi kita tidak buat begitu. Kita berkongsi kuasa.

"Dalam fasal-fasal pilihan raya selepas itu, Umno menang kerusi 51 peratus dalam parlimen (tapi) kita berkongsi kuasa. Dan ini kita tidak buat dalam pilihan raya sekali sekala, kita buat sepanjang masa selama 54 tahun.

"Jadi saya, sebagai timbalan presiden, sewaktu berucap, saya menyuarakan perkara yang serupa. Bukan luar biasa," katanya.

Katanya, parti itu mementingkan memberi kesedaran kepada orang Melayu kerana Melayu "faham dan bersama-sama mempertahankan perpaduan antara kaum".

NONEPada sidang media itu, juga beliau mengucapkan terima kepada presiden parti yang memujinya sebagai timbalan presiden yang "setia".

Muhyiddin menganggap ia satu pengiktirafan dan penghargaan sambil menegaskan beliau "sentiasa setia" untuk membantu Najib dalam segala urusan.

Beliau juga menganggap ucapan Najib yang menggariskan sejarah perjuangan parti, sebagai "ucapan terbaik" dalam mana-mana perhimpunan parti itu.


_________________________________________________________

HANGPA LA RASIS..SPE LG..SUME DAH TAU..PIHAK YG LEBIH RASIS TU IALAH PERKASA..HAHA..PERTUBUHAN KATAK NEGARA..

X PAYAH NK CITE BELIT2..

DEPAN PENYOKONG UMNO YG TEGAR NI BOLE LA DEPA CERITA BOM..

KLO DGN RAKYAT YG SEDAR..HANGPA CKP SORG2 LA..HAHA..

TUNGGU SAJA PRU 13..ITU JE YG BOLEH MENENTUKAN..


ANAK MUDA TOLAK UMNO.

Polis mau bersihkan nama kak ijat

POLIS CUBA BERSIHKAN NAMA SHAHRIZAT-JINGGA 13



KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara adalah satu cubaan untuk membersihkan nama keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata bukti-bukti dikemukan KEADILAN mengenai penyelewengan dana rakyat sebanyak RM250 juta adalah jelas.

“Saya kesal dengan kenyataan (Datuk Seri) Khalid Abu Bakar kerana dengan bukti-bukti yang dikemukan telah jelas mereka salah guna duit rakyat. Dan kenyataan itu hanya dibuat sekadar nak membersihkan nama beliau (Shahrizat). .

“Sia-sia saja segala pendedahan yang dibuat kerana dalam negara buatlah apa saja, tapi tidak akan dianggap jenayah kalau semuanya dari pimpinan dan Menteri BN,” kata Fariz yang juga Pengerusi NGO, Jingga 13.

The Sun melaporkan Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata bahawa siasatan awal polis terhadap projek lembu (NFC) menunjukkan tiada bukti berlakunya jenayah pecah amanah (CBT).

Pagi tadi pula Jingga 13 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai empat penyelewengan terbaru NFC melibatkan wang RM5 juta.

Pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan dana NFC digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz RM534,622 pada Disember 2009.

Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) – syarikat berkaitan NFC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada tahun 2009 serta RM455,423 dibelanjakan untuk percutian.

KEADILAN sebelum ini membongkarkan penyelewengan dana sebanyak RM250 juta yang dilakukan NFC, yang dimiliki keluarga Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno.

NFC juga didakwa membayar hampir RM10 juta bagi membeli kondominium mewah di Bangsar, yang direkodkan sebagai bayaran pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang juga milik keluarga Shahrizat.

Sebanyak RM9,758,140 dipindahkan dari akaun NFC di cawangan CIMB di Taman Tun Dr Ismail kepada pemaju, Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.


-KEADILANDAILY-


______________________________________________________

DAH BUAT HAL..SNG2 MAU LEPAS..MNE BOLEH..HAHA

POLIS PN BIKIN HAL..APE PASAL MAU BACKUP SMA ITU AKAK..BRAPE DIE BYR..

POLIS JADI ANJING KAK IJAT..BODOH

INGAT SENANG LENANG JE RAKYAT MAU DIAM..CERITA KAK IJAT PON DIBONGKAR 1 PERSATU..TAK BAGI PELUANG PUNYE..HEHE..

DA BIKIN HAL..TERANG2 RAKYAT TURUN PADANG..HAHA


ANAK MUDA TOLAK UMNO..

Lembu naik mercedez

PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan-Malaysiakini

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

NONEPengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC.


_______________________________________________

APE MAU JWB SKRG?..ADE LAGI KE ORG PERCYE DGN POMPUAN NI..

LEMBU2 YG DOK MALAYSIA BERUNTUNG SGT..SEBAB NEK MERCEDEZ..

KAK IJAT DAH X LEH TIPU DA..NK TIPU LEMBU2NYA SMASE PERSIDANGAN BOLEH LA..HAHA

BOLEH JALAN LA..

LAGI BANYAK POMPUAN NI CKP..LG RAMAI ORG BERGELAK KETAWE..HAHA


ANAK MUDA TOLAK UMNO