free counters

Thursday, 1 December 2011

Lembu naik mercedez

PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan-Malaysiakini

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

NONEPengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC.


_______________________________________________

APE MAU JWB SKRG?..ADE LAGI KE ORG PERCYE DGN POMPUAN NI..

LEMBU2 YG DOK MALAYSIA BERUNTUNG SGT..SEBAB NEK MERCEDEZ..

KAK IJAT DAH X LEH TIPU DA..NK TIPU LEMBU2NYA SMASE PERSIDANGAN BOLEH LA..HAHA

BOLEH JALAN LA..

LAGI BANYAK POMPUAN NI CKP..LG RAMAI ORG BERGELAK KETAWE..HAHA


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Wednesday, 30 November 2011

ye ke umno tak gentar..

Najib: Umno bukan parti ABC, tak gentar dakap demokrasi-Malaysiakini
Umno bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politiknya, dakwa presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, tegas beliau Umno adalah parti yang mendakap demokrasi bak kata pepatah Inggeris "the proof of pudding is in the eating" (belum tahu buruk baiknya kalau belum dicuba).

NONEKatanya, sejak beliau mengambil tampuk pemerintahan kerajaan dan parti sejak 30 bulan lalu, beliau bersama Majlis Tertinggi Umno, Dewan Tertinggi BN mahupun kabinet mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan termasuk memberi lebih ramai ahli Umno hak untuk memilih pemimpin mereka.

"Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan ketua umum sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pula Presiden parti.

"Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudiannya ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak," katanya.

Menurut Najib, contoh ketiga adalah parti C yang kononya memperjuangkan negara kebajikan.

"Lahawlawala... Jawatan mursyidul am pun tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari presiden.

"Sama juga dengan parti A. Tambahan lagi parti A itu, suami, ketua umum, isteri presiden anak perempuan sulung, naib presiden, timbalan presiden pulak...hmmm...tak payahlah kita cerita," katanya sinis.

_____________________________________________________

INI ORG TAU KUTUK SJA..KESALAHAN SENDIRI X MAU CRI..

TAU CKP SJA X GUNA..KLO CKP..SPE2 PON BOLEH CKP..BUKTIKAN LA UMNO X GENTAR..HAHA


MAU TIPU ORG YG BODOH BOLEH LA..RAKYAT SKRG X BODOH..RKYAT SKRG LEBIH MENGERTI.


KASI POTONG INI BAJINGAN..HAHA


SUDAH BERDEKAD UMNO TIPU MELAYU..ITUPN ORG MELAYU MASIH SKONG UMNO LG..


SEDAR2LAH..JGN UNDI INI PARTI..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

umno menipu lagi..

Lagi dakwaan penipuan dalam daftar pemilih-Malaysiakini
Seorang lelaki yang berhasrat untuk mendaftarkan namanya sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan atas nama individu lain.

Lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor berkata, sebaik beliau melakukan semakan di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

NONELebih menimbulkan tanda tanya apabila nama individu yang tertera dalam senarai itu, dipaparkan sebagai Zulkifly Mohamed Yusof dan turut meletakkan status jantinanya sebagai perempuan.

Perkara berkenaan didedahkan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, ekoran lelaki berkenaan ke Pejabat Pusat Perkhidmatan DAP Melaka berhubung masalah itu.

Menurut Khoo, ketika semakan pada laman rasmi SPR, didapati nombor kad pengenalan lelaki berkenaan didaftarkan sebagai seorang pengundi di Kuala Krai, Kelantan, dengan menggunakan nama 'Zulkifly Mohamed Yusof,' sedangkan lelaki itu mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

"Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ini mungkin satu kesilapan.

"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya juga turut didaftarkan atas nama orang berkenaan," katanya.

NONEKhoo berkata, satu aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

"SPR perlu menyiasat dan memperjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Pada masa sama, saya juga menyarankan kepada semua pengundi berdaftar supaya memeriksa daftar pemilih yang terbaru bagi memastikan nama mereka masih ada," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR, ketika mengesahkan laporan berkenaan, berkata, satu siasatan akan dijalankan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.







_________________________________________________________

LAGI PENIPUAN DIJALANKAN..HAHA
ABIS 1..1 LAGI KANTOI..HAHA
SEMAKIN HANG BUAT CMNI.SEMAKIN DEKAT JUGAKLAH BERSIH 3.0 AKAN DILANCARKAN..
TUNGGU MASE JE LA..RAKYAT MAHUKAN PILIHANRAYA YANG BERSIH..
MAHUKAN PEMIMPIN YG ADIL..BKN ZALIM SEPERTI MONGOLIA DAN LEMBU2NYA..
TAU TIPU SAJA..HAHA..HIDOP DAN MATI HANYE UNTUK MENIPU..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Tuesday, 29 November 2011

Kak Ijat berang

Projek lembu: Pemimpin PKR diberi amaran keras-Malaysiakini

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

NONESambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.

Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".

"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.

Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.

"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.

NONESementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya.

"Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat.

Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.

"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.

Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.

"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.


_____________________________________________

SUDAH BERTALU2 DIHENTAM..MASIH X MENGAKU KA..

KLO BUAT CKP SJA..HAHA

ANJING2 KO BLEH LA KO TIPU..

INI LA DIE..PEMIMPIN UMNO YG MKN DUET RAKYAT DAN X SEDAR DIRI..

KLO KO GUNE DUET SENDIRI ATAU PINJAMAN BANK.RAKYAT X KESAH..

INI GUNE DUET RAKYAT..PE CER?..HAHA

LGPN YG SUROH KO LETAK JAWATAN BKN SJE WANITA PKR..TP UMNO PUNYE ORG PN SUROH..HAHA

BOLEH JALAN LA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Pakdin terdesak

TPM: DAP 'parti paling rasis' mahu negara republik-Malaysiakini

Selepas dua tahun, isu cubaan menjadikan Malaysia negara republik oleh DAP dibangkitkan kembali; kali ini oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil menyifatkannya "parti paling rasis", Muhyiddin mendakwa tembelang DAP - dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam - semakin kelihatan.

"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Apa maknanya ini? Maknanya, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa," kata timbalan perdana menteri.

Akhbar Umno Utusan Malaysia pada 13 Disember 2009 melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat pernah membayangkan wujud usaha "sistematik menuju ke arah negara republik dengan sasaran utama untuk menulis semula perlembagaan."

Berucap ketika merasmikan persidangan tiga sayap Umno di Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata, dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau".

"Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.

"DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP," katanya.

Aliran Islam pembangkang

Bukan sahaja DAP, Muhyiddin juga mengambil peluang mengkritik dua lagi rakan Pakatan Rakyat PKR dan PAS.

Sambil menyifatkan PKR sebagai parti "ultraliberal" yang tiada asas moral dalam perjuangan, Muhyiddin mendakwa PKR sedang dibelenggu krisis kredibeliti.

"Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan ketua umum mereka," katanya.

Manakala PAS pula dipersoalkan kerana didakwa menganggap sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding prinsip perjuangan sendiri.

"Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS," katanya.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini?"

Tindakan itu, dakwa Muhyiddin lagi bermakna DAP memberi definisi kepada Islam yang dianuti PAS dan menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

PAS sebelum ini mengetengahkan idea "PAS ganti Umno" melalui pelbagai seminar dan ceramah di seluruh pelosok negara ini.


____________________________________________

SIAPE YG RASIS SEBENARNYE?..

ASYIK MENYALAHKAN PARTI LAIN..KESALAHAN PARTI SNDIRI X NAMPAK..

PE CITER?..DASAR PARTI TIPU ORG MELAYU..

UMNO DAH TERDESAK..KELUARKAN ISU2 BODOH..ISU PERKAUMAN.ISU TU JE LA YG PAKDIN BOLEH MAIN..HAHA

DIE DA TAU..DIE AKAN DIKUBURKAN..HAHA

NAK TIPU ORG2 KAMPUNG..ORG YG X DE INTERNET BOLEH LA.HAHA

PAKDIN DAH TAKOT..SEBAB KLO KALAH..KEMPUNAN LA DIE NK JD PM..HAHA



ANAK MUDA TOLAK UMNO


Terdesak gile..tak kan hantar budak kot..

SATU perhimpunan aman yang dianjurkan oleh peguam-peguam seluruh Malaysia baru sahaja berlangsung di Parlimen hari ini.

Perhimpunan tersebut dengan tema "walk for freedom" diadakan bagi membantah akta perhimpunan aman 2011 yang akan dibentangkan di parlimen.

Rasanya sudah banyak blog-blog dan portal berita yang melaporkan hal ini, maka tak perlulah ReJaM© buat perkara yang sama.


Kali ini ReJaM© nak bongkarkan sudut yang barangkali tidak didedahkan oleh media iaitu bagaimana budak-budak dipergunakan kononnya untuk menghalang perhimpunan ini.

Semasa para peserta perhimpunan berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur sebelum berarak ke parlimen, sekumpulan budak-budak dilihat berada di kawasan berhampiran.

Mereka dikatakan kumpulan yang ditaja oleh pihak tertentu untuk membantah perhimpunan ini. Kesemua mereka dilihat memakai baju kuning.


Menyedari gambar mereka diambil berulang kali oleh pihak media, tiba-tiba mereka membuka dan melipat-lipat baju itu di celah ketiak.



Apabila ditanya, apa tujuan mereka datang ke situ? Salah seorang dari mereka menjawab mereka datang suka-suka.

Mereka pada mulanya tidak mengaku ada memakai baju kuning, namun selepas kami mengatakan bahawa kami ada gambar bukti, mereka akhirnya mengaku.

Mereka mendakwa "berkonvoi" dari Melaka beramai-ramai dengan baju kuning tersebut mengikuti satu program "suka-suka".

Pelik tapi benar, berkonvoi dari Melaka boleh singgah sebentar di parlimen alasan apakah ini? Lebih lucu ada juga program "suka-suka" siapalah yang anjurkan ye?


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/tiada-sokongan-terpaksa-guna-budak.html#ixzz1f6mKnGux

_________________________________________________________

KETERDESAKAN UMNO TERSERLAH APABILA MENGHANTAR SEBILANGAN BUDAK2 MENGHALANG PEGUAM DAN RAKYAT BERARAK MEMBANTAH AKTA PERHIMPUNAN AMAN..

BUDAK REMPIT MNE LA EKAU KUTIP TU..HAHA..

UMNO TERDESAK..UMNO SUDAH BASAH TELOR..HAHA..

KITE LAWAN MEREKA..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Pru 13 Menentukan Segalenye

Muhyiddin: PRU-13 tentukan jatuh bangun Melayu-Malaysiakini

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan anggota parti itu bahawa pilihan raya umum ke -13 adalah "ibu segala pilihan raya" yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu.

Bahkan beliau yang juga timbalan perdana menteri turut membangkitkan kebimbangan sama ada kuasa politik akan kekal pada parti itu atau terlepas ke tangan pihak lain.

"Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini.

"Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

"Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ketiga-tiga sayap parti bersatu dan bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

'Jangan main belakang'

"Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak.

"Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam ini.

Peringatan itu dilontarkan susulan wujudnya persepsi kuasa Melayu semakin goyah susulan kemerosotan sokongan Umno dalam pilihan raya umum lalu dan ekoran dakwaan "fitnah jahat"
yang dilemparkan pada Umno.

Sementara itu, untuk mencapai kejayaan, Muhyiddin mengingatkan supaya tidak berlaku sabotaj dalam parti ekoran pemilihan calon pilihan raya.

"Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan.

"Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati," katanya.


___________________________________________________________

JGN PERCYE SMA UMNO..

UMNO HANYE UNTUK KRONI2 DAN ANAK BINI..

JGN KASI MEREKA MENANG DALAM PRU 13..

KASI BANTAI HABIS-HABISAN..

BERSATU KITA BERSATU

DENGAN SETIA BERGANDING BAHU

TIPU TERUS MENIPU..KITE TIPU MELAYU..

ITULAH SLOGAN TERBARU MEREKA.HAHA..

PIGI DA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO.