free counters

Tuesday 24 July 2012

Isham Keris togak arak stress dengan BERSIH


Isham keris dan geng umnu sedang gelabah,
Ramai dah desak UMNU mintak maap pada rakyat,
sekarang mungkin isham tengah mabuk mabuk sebab tertekan.


KDN timbang rayu keputusan batal pengharaman BERSIH-bernama


Bernama
8:12PM Jul 24 2012


Kementerian Dalam Negeri akan mendapatkan pandangan Pejabat Peguam Negara sama ada mengemukakan rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perintah mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan menyemak dan memperhalusi alasan penghakiman dalam kes itu.

"Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini, yang mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri yang dibuat pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan pergerakan Bersih sebagai pertubuhan haram," katanya dalam satu kenyataan.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusan itu berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan fakta bahawa Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.

Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana berkata keputusan mengisytihar Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan, atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.


Konon nak minta nasihat majlis peguam ?
Buat kerja suruh polis jadi anjing tak minta nasihat pulak ?

Janan buat macam tu sham,
nanti najeri ajis marah.
Dia kata majlis peguam pembangkang. 

No comments:

Post a Comment