free counters

Wednesday 25 July 2012

MUKRIZ ANAK MAMAK TAK SABAR JADI PM - UUM

Lihat sekarang bagaimana university of sintok dah buat kajian kongkang!
Prof Rohena Kongkang dah buat kajian mengampu!
Dulu UUM kata sokongan rakyat pada BN sekarang tak berbelah bagi,
sekarang kata rakyat kedah nak mukrez. 
Apa cerita ?

Bertanding la dulu kalau ya pun!
LAWAN JE!
Jangan la nak berangan-rangan.
Kalau ye pun sintok nak bodek tak payah la sampai macam ni.
Team UMNO paling loser adalah team mukrez.

Kalau nak undi bn ,
rakyat jangan lupa macam mana persitiwa memali dulu
Siapa yang planning kalau bukan mamak ?

Kalau tak sedar lagi ,
jual jela kedah tuuu

Kajian UUM: Ramai mahu Mukhriz jadi MB Kedah - malaysiakini


 
Satu kajian oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.

NONEKajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mampu menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.

"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.

Tuesday 24 July 2012

MONGOLIA DAN MADEYDAH MULA KEMPEN PRU DI MEDIA

Projek membuang duit rakyat,
salah guna kuasa.
Patutnya nak kempen pru mesti la guna duit parti.
tapi mereka semua 'bijak' .....
Mereka guna duit rakyat.
Kempen dekat media yang dah makin 'dekat' dengan hati rakyat.

MADEY MAMAK DAN NAJIB MONGOLIA INGAT ORANG TAK TAU KE ?
INGAT RAKYAT BUDUH ?
PILIH MALAYSIA ATAU PILIH BN ?

Agak - agak la nak menipu dan membelit pun,
ni bukan zaman Son Of Kutty.
HAHAHAHAHA

'Kempen misteri p'raya' muncul di media-MALAYSIAKINI

 
Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum boleh diadakan awal September,  satu kempen pilihan raya, yang dipercayai ada kaitan dengan BN dan dianggarkan menelan belanja berjuta-juta ringgit, muncul di semua platform media.

NONEBermula minggu lepas, iklan setengah muka dan iklan penuh warna itu muncul dalam semua akhbar arus perdana, serta pada
waktu perdana di semua saluran TV utama.

Bagaimanapun, kempen, yang dinamakan 'Saya Pilih Malaysia' itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Bagaimanapun, warna tema - biru tua dan putih - ditambah pula dengan kata kunci yang ditonjolkan dalam iklan - keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan - dilihat senada dengan BN.

Promosi laman peminat Facebook 'Saya Pilih Malaysia' oleh Media Umno Malaysia - organ rasmi talian parti pemerintah -  dilihat sebagai satu lagi petanda kempen itu ada kaitan dengan BN.

Menurut laman peminat, kempen ini telah menerbitkan dua
bahagian siri iklan dalam kesemua empat bahasa utama dalam akhbar-akhbar utama.

NONEBahagian kedua muncul dalam akhbar semalam, termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star.

Menurut iklan itu, mesej yang seterusnya akan diterbitkan di saluran TV, iaitu RTM1, RTM2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, Astro RIA, Astro Awani, Astro Vaanavil dan Astro AEC.

Sesiapa pun yang belakang kempen tersebut, semua iklan dalam media cetak dan elektronik dengan mudah akan menelan belanja berjuta-juta ringgit.


PROJEK BERJUTA-JUTA RINGGIT,
MENELAN DUIT.
ISLAM DI MYANMAR SIAPA YANG KESAH ?
PEJUANG MELAYU ISLAM ADA KESAH?

MANA ASEN ALI,
MANA AORON SANY,
MANA DEPA SEMUA ??

 

Isham Keris togak arak stress dengan BERSIH


Isham keris dan geng umnu sedang gelabah,
Ramai dah desak UMNU mintak maap pada rakyat,
sekarang mungkin isham tengah mabuk mabuk sebab tertekan.


KDN timbang rayu keputusan batal pengharaman BERSIH-bernama


Bernama
8:12PM Jul 24 2012


Kementerian Dalam Negeri akan mendapatkan pandangan Pejabat Peguam Negara sama ada mengemukakan rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perintah mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan menyemak dan memperhalusi alasan penghakiman dalam kes itu.

"Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini, yang mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri yang dibuat pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan pergerakan Bersih sebagai pertubuhan haram," katanya dalam satu kenyataan.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusan itu berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan fakta bahawa Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.

Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana berkata keputusan mengisytihar Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan, atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.


Konon nak minta nasihat majlis peguam ?
Buat kerja suruh polis jadi anjing tak minta nasihat pulak ?

Janan buat macam tu sham,
nanti najeri ajis marah.
Dia kata majlis peguam pembangkang. 

Monday 23 July 2012

Isham Keris kelam-kabut sebab BERSIH sah di mahkamah.

Isham keris dah kelam kabut sebab bersih adalah sah mengikut kata mahkamah.
Sekarang Isham keris kena bayar banyak hutang,
hutang zalim ke atas rakyat,
hutang zalim ke atas orang-orang tua,
hutang rakyat yang terbunuh,
takda apa yang nak dikatakan melainkan tumbang UMNO/BN
 

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah-malaysiakini
  • Hafiz Yatim
  • 10:30AM Jul 24 2012
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

NONEOleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

ISHAM MUNGKIN TAK TIDUR MALAM,
SEBAB PIKIRKAN NASIB DIA,
SEBAB MAHKAMAH TELAH CURANG.
HAHAHAHAHA 

Saturday 21 July 2012

VETERAN UMNU KATA PRU TAK BOLEH BUAT SEKARANG

Anak muda sekalian cuba lihat,
bagaimana saat saat kematian parti kesayangan son of kutty
akan mampus di tengah jalan.
Apabila pemimpin veteran umnu sendiri kata yang pru tak sesuai buat sekarang.
Kutty dan pak din nak sekarang,
tapi najib dan sepapat dia tak mau kenapa ?

Kita tau kenapa,
kita bukan bodoh.,
Kita semua boleh pikir.

Veteran Umno jangka p'raya umum tahun depan - Malaysiakini


 
Tokoh politik Tan Sri Abdul Aziz Tapa menjangkakan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada tahun depan, bukannya dalam tempoh terdekat ini.

"Pilihan raya kali ini tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat atau tahun ini sebaliknya ia lebih elok diadakan pada tahun depan," katanya kepada Bernama di Jasin.

Abdul Aziz, 89, yang merupakan veteran Umno menjelaskan jangka masa tersebut dapat dimanfaatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah rakyat dan meningkatkan hubungan antara pemimpin parti itu dengan rakyat.

Beliau berkata wakil rakyat perlu lebih rajin "turun padang" bertemu rakyat dalam usaha mendekati dan menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul.

Baginya gandingan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap BN.

Malah, penerima anugerah tokoh guru peringkat kebangsaan pada 1986 itu mengabdikan gandingan kedua-dua pemimpin tersebut di dalam sebuah pantun:

    Encik Majid dengan encik Bidin,
    Pergi ke Linggi naik rakit,
    Gandingan Najib dengan Muhyiddin,
    Macam perigi di bawah bukit.  
                         
Abdul Aziz berkata dasar serta bantuan yang dirancang kedua pemimpin tertinggi negara itu berjaya menyelesaikan pelbagai kemelut dihadapi rakyat terutama melibatkan kos sara hidup.

Sebagai contoh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Baucer Buku 1Malaysia banyak memberi manfaat kepada rakyat walaupun segelintir pihak melihatnya sebagai pembaziran atau mempunyai agenda tertentu, katanya.

"Belanja itu dia (Perdana Menteri) beri ikut keperluan rakyat contohnya Kedai Rakyat 1Malaysia nak senangkan rakyat," kata bekas Bendahari Badan Perhubungan Umno Melaka itu.

Beliau juga yakin BN akan memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU-13 dengan syarat wakil rakyat yang ada harus mengikut jejak langkah Perdana Menteri dan timbalannya dengan sering bertemu rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

- Bernama


Joli duit laki aku sebelum kalah! maiii