free counters

Friday 15 June 2012

MAHASISWA NAK BERTANDING PRU JUGA KE?

Ini menjadi satu masalah,
Sebelum ini Sapuan, adem adeli dan geng smm mengatkan bahawa mereka non partisan,
dan akan menjadi suara bagi rakyat.
Sebab itu dalam post sebelum ini saya ada cakap. Apa yang mahasiswa ni mau ?


Ada beberapa perkara saya sokong, 
tapi ada juga perkara buduh yang dibuatnya.
Nama pun aktivis mahasiswa.
Buat apa nak bertanding.
Nak kuasa awal? ybisme ke ni ?


Bila bertanding hilang identiti sebagai aktivis mahasiswa.
masa tu dah jadi partisan.
Nak berkuasa .
Mahasiswa adalah third force dan pencerah kepada rakyat.
Bukan nak jadi politikus.
Kalau macam tu jangan la laung-laung.
Pirahhhh!


Fikir baik baik.


Kongres bincang cadangan siswa tanding PRU-MALAYSIAKINI


 
Kumpulan pelajar pro-Mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhasrat untuk meletakkan calon bagi bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONEPengerusinya, Muhammad Safwan Anang bagaimanapun berkata, perkara tersebut akan diputuskan di dalam Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 4 (KGMN 4) yang akan diadakan pada 23 Jun nanti.

"Di dalam kongres ini kita juga akan ada perbincangan kemungkinan mahasiswa letak calon bertanding pada pilihan raya akan datang. Tapi kita perlu dengar daripada kumpulan yang lain juga. Apa pandangan mereka.

" Masih belum terlambat rasanya untuk hasilkan keputusan yang tepat bersama... kami rasa, ini adalah masa yang sesuai untuk berbincang sebelum tarikh pilihan raya yang masih jadi teka-teki kerajaan," katanya pada sidang media di Kelab 50B hari ini. 

Kongres yang diadakan di auditorium tertutup Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu juga akan turut mengadakan pentas pidato pada sebelah malamnya yang akan menampilkan pimpinan daripada Pakatan Rakyat dan Umno.

Safwan berkata, pentas pidato antara mahasiswa dan pimpinan parti itu adalah acara kemuncak bagi memberi peluang masyarakat mendengar hasrat mahasiswa.

"Pagi dan petang adalah terhad untuk persidangan. Malamnya kita sasarkan pada orang awam," katanya.

Pemimpin yang diundang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

RAH JAH JUH HUR MORKA DAN SOMPAH NEJAR PEROK

Tadi aku baca surat khabar,
tulis satu kenyataan bahawa sa orang rah jah juh hur morka dan mengaku maksom.
Rah jah juh hur itu mengatakan bahawa nejar adalah pemimpin KUDIS?


Adakah itu baik?
Satu, tindakan tidak seperti pemimpin pun apabila mengutamakan kepuasan napsu sendiri berbanding rakyat.
Bercakap sesuka hati dan tidak tunjuk contoh.
Makan duit rakyat tapi belum sedar.
Masalah benar. 
Rakyat di juh hur pun jangan la ikut sama ,
Tolak umnu dulu.


Nizar mahu jelaskan pada Sultan Johor sendiri-MALAYSIAKINI


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menjelaskan berhubung isu nombor plat WWW1 yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor kepada baginda sendiri.

Justeru, bekas menteri besar Perak enggan mengulas perkara itu di media buat masa ini.

NONE"Saya tunggu respons daripada istana. Kita tengah tunggu respons untuk mengadap," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.

Ditanya berhubung penjelasan yang akan diberikannya, ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang itu mengulangi jawapannya:

"Kena tunggu respons (melalui) surat. Kita tunggu saja."

Semalam, ketika merasmikan sidang DUN Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka kepada Mohammad Nizar yang mengkritik tindakannya membida nombor WWW1 bernilai RM520,000.

Sultan bertitah, tindakan tokoh PAS itu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negerinya dan berharap timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.

NONEMohammad Nizar sebelum ini menghantar surat permohonan rasmi untuk menghadap bagi membolehkannya menerangkan kedudukan sebenar isu itu, yang berpunca daripada tweetnya yang menyebut bahawa wang bidaan itu boleh digunakan membantu Melayu miskin.

Sementara itu, Sinar Harianmelaporkan Mohammad Nizar sebagai berkata, sekiranya peluang diberikan untuk membuat penjelasan mengenai kenyataannya dalam Twitter, isu permohonan maaf kepada rakyat Johor tidak mungkin timbul.

"Jika ada pihak yang mempertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak," beliau dipetik sebagai berkata.

Mohammad Nizar menghantar surat permohonan rasmi menghadap Sultan Johor (atas) pagi ini, lapor harian itu.

JEREBU TANDA PR DI SELANGOR AKAN KALAH

Seperti mana yang diberitahu sebelum ini,
Bee End akan lakukan apa sahaja untuk pastikan selangor kalah ,
dengan banyak program, dengan isu merepek yang umnu bawak.
Kita dapat tengok.


Lepas ni tengok Nuh Omaq keluar kenyataan,
Salah Kirajaan Pee Arr Selangor tak pandai jaga angin.
HAHAHAHAHA


Jerebu: 3 kawasan di S'gor tahap tidak sihat-MALAYSIAKINI


 
Tiga kawasan di Selangor mencatatkan tahap kualiti udara tidak sihat pada pukul 11 pagi tadi, ketika keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung akibat musim panas sekarang dan disyaki ekoran pembakaran terbuka di utara dan tengah Sumatra.

azlanLamanweb Jabatan Alam Sekitar menyenaraikan Kuala Selangor mencatat Indeks Pencemaran Udara tertinggi dengan bacaan 131, diikuti Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106).

Bacaan 101 atau lebih merupakan tahap tidak sihat manakala bacaan antara 51 dan 100 dianggap sederhana.

Tompok panas dikesan di beberapa kawasan di tengah dan utara Sumatera semasa musim panas sekarang.
Kebiasaannya aktiviti pembakaran aktiviti dijalankan untuk membersihkan kawasan pertanian. 

Juga turut dikesan ialah aktiviti pembakaran terbuka di kawasan di selatan, tengah dan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Sementara itu, di SHAH ALAM, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan
Penyelamat negeri Selangor berkata kebakaran hutan gambut di kawasan seluas 83 hektar di Banting sejak 5 Jun lepas dikenal pasti sebagai antara punca kemerosotan kualiti udara di sekitar Lembah Klang ketika ini.   
Selain itu, katanya kebakaran sebuah kebun di kawasan seluas 90 hektar di sekitar Sabak Bernam hari ini turut menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. 
"Beberapa kawasan di Selangor khususnya Klang, Shah Alam dan Sabak Bernam mengalami penurunan kualiti udara," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan, kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Lembah Klang dan Perak hari ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
    
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan hari ini menjangkakan keadaan jerebu ini akan berterusan untuk beberapa hari akan datang berikutan cuaca yang diramal kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung.
    
Katanya, laporan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh Asean Specialised Meterological Centre menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat sejak Selasa lepas.
    
Imej satelit itu juga menunjukkan asap jerebu dibawa angin dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
    
Menurut kenyataan itu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara JAS yang direkodkan pada jam 11 pagi ini menunjukkan tiga stesen, Kuala Selagor (IPU 131), Pelabuhan Klang (IPU 130) dan Shah Alam (IPU 106) berada pada tahap tidak sihat. Bacaan IPU di Seri Manjung, Perak pula dicatatkan pada tahap sederhana 94.
    
AS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan prosedur standard operasi Program Pencegahan Tanah Gambut yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.
    
Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.
    
Orang ramai juga diminta bekerjasama memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727. 

Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Wednesday 13 June 2012

TOKEY KAYLANG CINA DI MALAYSIA KECAM MONGOLIA

Tengok la,
Mamak gagahkan malaya untuk jadi negeri industri,
dan kini keris makan tuan,
Pengelang lawan bos,
Mereka nak cepat pilihanraya supaya dapat selesaikan segala maslaah dengan cepat,
kalau tak program dan aktviti akan tertanggung.
Ini tidak, tarikh pilihanraya simpan dalam perut bik mama.
Apa cerita ?
__________________________________________________________________
Pengilang tuntut pilihan raya segera-MALAYSIAKINI

 
Komuniti pengilang Malaysia lebih suka sekiranya pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan secepat mungkin.

NONEPresiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Yong Poh Kon berkata, ini kerana industri itu pada masa ini berhadapan banyak ketidaktentuan yang berpanjangan.

"Pastinya dalam komuniti ini, kita mahu pilihan raya diselesaikan kerana kerana terdapat beberapa ketidaktentuan... keputusan akan menjadi lebih mudah (selepas pilihan raya)," katanya.

BIK MAMA MAIN MACAM ORANG UTAN SEPILOK

Penat membaca ?
Mari tuntun bideo bik mama.
Pastikan tuntut sambil kunyah koci ataupun kopok.
Sebab korang pasti akan tergelak sampai nak termuntah.
Buat perbandingan.
Like dan dislike.
Memang benar anak muda dah tolakkkk UMNU!
Da tolak gerombolan geng mongolia.
Mongolia akan jadi pemerintah terakhir umnu bee endd!

NAJERI AJIS MENGAKU TAKUT BEE END TOMBANG!

Najeri Ajis dah gila.
Baca law baca law baca law sampai otak pun dah tak betul.
Beliau merupakan pelawak nombor dua selepas pak mongolia.
Siapa sokong ?
Jadi, umnu dah banyak buat salah sebab tu hidup cuak.
Memang mesej bersih adalah untuk menumbangkan kirajaan.
Sebab kalau kota kolumpo dikepung selama 3 hari .
Urusan bisnes tak dapat jalan. Bank nigara akan sangkat jadi kirajaan akan tumbang!
Umnu ni dah gila. Botol air pun dia takut. Botol air disangka bom!
Bukan satu kesalahan menumbangkan kirajaan.
Sebab dalam utosan meloya dan berita hairan juga arah supaya tombangkan pembangkang
jadi mari tombang menombang



Nazri: Botol pun boleh tumbangkan kerajaan-MALAYSIAKINI


Botol air mineral pun boleh menumbangkan kerajaan sekiranya ia gagal mendapat dokongan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Sejarah membuktikan kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon, katanya.

egypt the day after mubarak overthrow celebration 1Justeru, menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Nazri berkata perkara itu tidak harus dipandang ringan.

Lim meminta Nazri menjelaskan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan dalam keadaan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral.

Lim menyoal adakah kerajaan BN terlalu lemah sehingga boleh ditumbangkan dengan semua itu.

MADEY MAMAK MENGAKU NAK TERKENCING PR NAK TAWAN PUTRAJAYA

Apa namaaaa? Apa namaaaaa?!
HAHAHAHA

Orang yang dah jalan keliling dunia,
dah kenal ramai orang memang tak takut apa.
Sebab banyak payung Yah Hudd Di.
Cuba lihat.
Rakyat dah lama dapat baca.
Mamak ni kalau dia kata tak takut,
Maknanya dia dan nak terkencing dalam seluar.
Memang da dah cuak.
Mana tak cuak bila kes rasuah semua akan terbongkar. 
Jangan layan la orang tua ni!

Dr M: Saya tak takut Pakatan tawan P'jaya-MALAYSIAKINI


 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak takut Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa - kecuali beliau akan didakwa atas pertuduhan palsu.

Beliau mengulas kenyataan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa beliau bekerja keras memastikan pembangkang tidak berjaya kerana takut dakwaan salah lalu didedahkan.

NONE"Dia betul. Saya takut," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

"Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti sudah ditunjukkan oleh seorang pemimpin besar Pakatan yang pegawai polis kanan di pihaknya untuk menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya."

Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei lalu dilaporkan mendakwa, tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Dr Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi timbalan perdana menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

"Selain ini saya tidak takut. Saya selalu berhati-hati untuk tidak menyalahgunakan kuasa yang saya ada sebagai perdana menteri kerana saya berhati-hati untuk meletakkan jawatan dan hilang kuasa pada tahap tertentu.

"Sekiranya saya menyalahgunakan kuasa, pengkritik saya akan sangat teruja dan mendedahkan saya dan memastikan saya disumbat dalam penjara," sambung Dr Mahathir.

Saturday 9 June 2012

MONGOLIA GILA LAMAN SOSIAL



Najib: Dekati anak muda dengan media sosial-MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Seri Najib Tun Razak menggesa ahli politik dan anggota kerajaan lebih berani membuat perubahan dengan mendekati anak muda menggunakan media sosial.

Sambil menegaskan bahawa mereka perlu mengadaptasi dengan perubahan semasa, Najib berkata mereka perlu mengikut "rentak" anak muda dengan mengguna media sosial bagi mengetahui "keluhan, aspirasi dan kehendak" anak muda.

"Kita tidak boleh kaku. Sebagai anggota kerajaan atau ahli politik (berada dalam keadaan) yang tidak sesuai dengan peredaran zaman.

"Kita tahu Malaysia antara negara paling aktif di media sosial... Ada akaun Facebook, Twitter, Blogger. Jadi kita juga perlu mengikut rentak wahana anak muda supaya mereka mengetahui kita, dan kita mengetahui mereka. Kita tahu apa keluhan, aspirasi dan kehendak mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap anggota kerajaan dan ahli politik perlu bersikap berani membuat perubahan dan cuba mengadaptasinya sesuai dengan kehendak semasa dengan mendekati mereka dengan media sosial tersebut.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan bersama dalam perhimpunan #TwtUpKami - sebuah komuniti Twitter - di perkarangan Stadium Bukit Jalil petang ini, Najib berkata kerajaan sanggup membuat perubahan demi perubahan demi memenuhi aspirasi golongan muda.

Katanya, golongan tersebut mahu kerajaan menyediakan peluang dalam pendidikan, kemahiran, keusahawanan "supaya mereka dewasa, esok lebih baik daripada hari ini."

"Dasar transformasi (kerajaan) untuk mencapai (bahawa) esok lebih bersinar daripada hari ini," katanya.

Beliau juga berharap anggota dan pemimpin BN lebih aktif mendampingi anak muda dengan menggunakan media sosial supaya melihat bahawa "BN adalah kerajaan untuk generasi muda."

Tambahnya lagi, beliau juga kini sedang mempelajari "bahasa orang muda" antaranya seperti "LOL, TGIF, OMG dan FYI" yang kini sudah menjadi bahasa penggunaan oleh kumpulan berkenaan.

"Kalau tak ada, kita tak jadi sempoi atau tidak cool," katanya sambil diiringi ketawa hadirin yang hadir.

Sebelum itu, Najib beramah mesra dengan menjawab soalan yang diajukan melalui Twitter khususnya berkaitan pasukan bola sepak yang disokongnya.

Beliau menjangkakan bahawa pasukan Sepanyol bakal menjuarai dalam pertandingan bola sepak Euro 2012 di Poland dan Ukraine - yang bermula semalam.

Dalam soal jawab itu juga, Najib turut mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjaga kesihatan walaupun kelihatan sibuk dengan tugas negara.

"Saya ada rahsia... Letih juga, tetapi mesti ada semangat kuat di samping ada (amalkan) cara hidup sihat.

"Saya bersenam di gimnasium tiga hingga empat kali seminggu, dan saya ada personal trainer... Saya buat macam-macam (senaman)," katanya sambil diiringi sorakan dan tepukan hadirin.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut beberapa pemimpin BN seperti Datuk Saifuddin Abdullah, Gan Peng Sieu dan P Kamalanathan serta anak lelaki Najib - Ashman- yang kini sedang berjinak-jinak menjadi DJ.

Ashman, 21 - yang baru sahaja tamat pengajian dari sebuah universiti di Amerika Syarikat - berkata beliau meminati 'housemusic' dan mengenali penyanyi popular Yuna.

Sebelum itu, sewaktu tiba di perkarangan stadium itu, Najib merasmikan pertandingan bola keranjang #YbsCanJump dan beramah mesra dengan peniaga Sooq Bazar di kawasan berdekatan.


PAKATAN DAH BERADAB BUAT BENDA NI
HANG BARU SIBUK NAK BUAT.
HAHAHAHA

ABDOLAH BEDEWI MASUK PAS



Kelakar pulak dengan dulah ni.
Mongolia buat tarian separuh bogel depan belia dkat potrajaya dia tak bising.
Tiba-tiba pulak nak sound pee kay arr buat tarian.
HAHAHAHAHAHA

Abdullah: Orang Kepala Batas tolak tarian skirt pendek-bernama



Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata penduduk Parlimen Kepala Batas tidak boleh menerima persembahan tarian seksi yang dipertontonkan secara umum pada majlis makan malam 'Bertam Nite' anjuran PKR di Kepala Batas, Ahad lepas.

Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, berkata adalah salah jika parti itu mengharapkan akan mendapat sokongan daripada rakyat di Kepala Batas dengan mempersembahkan tarian seksi itu.

"Kalau itu caranya yang mereka lakukan untuk mendapatkan sokongan rakyat, mereka salah dan susahlah (untuk dapat sokongan) kerana orang Kepala Batas tidak dapat menerima persembahan itu (tarian seksi).

"Saya sendiri terkejut bila tengok gambar (persembahan tarian seksi) itu dan terfikir majlis apa yang mereka buat ni," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Qaryah-qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang, di Kepala Batas hari ini.

Abdullah berkata sepatutnya wakil PAS yang turut menghadiri majlis makan malam itu menegur rakan pakatannya iaitu PKR agar lebih sensitif.

Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman baru-baru ini dipetik sebagai berkata persembahan tarian seksi yang memaparkan tiga penari perempuan memakai skirt pendek itu tidak dianjurkan oleh parti berkenaan.

Mansor, yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, berkata perkara itu adalah kesilapan penaja kerana persembahan yang dicadangkan ialah tarian tradisonal daripada pelbagai kaum.

- Bernama

Friday 8 June 2012

KHALID ISMATH DIGANTUNG TIGA SEMESTER. ELVIS PUAS HATI!

Ini dia satu cerita,
Kaled ismet digantung tiga semester,
atas tiga pertuduhan kerana tak datang exam,
kerana hina mongolia dan bik mama,
serta memalukan institut umnu.
Anak muda ingat baik - baik,
apa yang dah dikenakan ke atas kaled,
jangan lupa beringat bila nak pangkah nanti.


UiTM gantung pengajian Khalid Ismath - MALAYSIAKINI


Universiti Teknologi Mara hari ini memutuskan menggantung pengajian aktivis siswa Khalid Ismath selama setahun setengah atas kesalahan salah laku disiplin.

NONETiga pertuduhan ke atasnya itu adalah berhubung kesalahan ponteng kelas dan peperiksaan, tulisannya diFacebook terhadap pasukan polis dan juga peranannya dalam perhimpunan anti-PTPTN di Dataran Merdeka pada April.

Hukuman pengantungan yang disampaikan oleh panel disiplin UiTM itu berkuatkuasa September hingga suku pertama 2014.





Nak gelak ?
Mai tengok video bawah ni.
Elvis banyak je gelaran itu dan sijil itu ini.
Tapi bangang. Bukan nak kata apa.
Tak reti beza apa itu kerajaan dan umnu,
tak reti beza duit rakyat dan duit kirajaan ,
Inilah yang dikatakan pembodohan .
Proses pembodohan
Terus lawan!