free counters

Tuesday 15 May 2012

KHALID ISMATH DILAYAN MACAM ANJENG DI LOKAP

INI DIA SATU CERITA,
PABILA SISWA DITAHAN OLEH GENG MAEL UMAR,
LOKAP MEMANG BIASA BAU KENCING,
ITU SEMUA BAU KENCING PESILAT MAEL UMAR,


SABAR LID ,
ORANG DALAM ISA LG TERUK,
SABAR...


PADA PIHAK PULIS,
SEDAR DIRI,
KALAU BELUM TENTU SALAH,
JANGAN BIKIN ONAR.
KAMU INGAT,
DUIT RAKYAT KAMU BG MAKAN ANAK BENE KAMU.


JANGAN POYO SANGAT,
ORANG MUDA DAH JIJIK TENGOK GENG MAEL UMAR,
TUNGGU JE NANTI,
PRU BEE END KALAH,
PULIS2 MAEL UMAR JILAT PULA BUNTUT NUAR BERAHIM,


NEK AJIS BILA NAK CADANG TUBUH SATU LG TEAM PULIS BEBAS ?
BADAN PEGUAM BEBAS DAH NAK TUBUH.


Khalid Ismath trauma dengan layanan polis-MALAYSIAKINI
Aktivis siswa Khalid Ismath berkata beliau mengalami trauma ekoran layanan polis ke atasnya semasa disiasat pada awal bulan ini berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Siswa Universiti Teknologi MARA itu berkata, lokap yang menjadi tempat penahanannya selama dua hari itu berbau hancing dan mendakwa beliau juga tidak diberi makan dan minum walau selepas membuat permintaan.

NONE"Ketika ditahan, saya trauma lihat keadaan lokap sedemikian. Lokap yang berbau hancing dan macam-macam bau lagi... saya tak sangka macam itu sekali keadaannya.

"Tetapi apa yang saya kesal ialah ketika saya ditahan, daripada hari Sabtu (5 Mei), hingga pukul 3 petang hari Ahad (6 Mei), saya tidak diberi makan. Kali terakhir saya makan nasi ialah pada pukul 12 pada hari Sabtu.

"Saya ada minta air mineral, tetapi saya tak dapat sampailah saya dibebaskan," kata siswa berusia 22 tahun itu dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau sebelum ini pernah ditahan beberapa kali berhubung kegiatannya dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia, namun inilah kali pertama beliau menyarung baju banduan dan digari bersama tahanan lain, kata Khalid.

Beliau juga terkejut apabila melihat tahanan lain dicaci dan dimarahi polis, kata Khalid lagi ketika menceritakan pengalamannya ketika menginap selama dua malam di lokap ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Anak bongsu daripada empat adik beradik itu berkata, polis juga mengemukakan beberapa soalan yang disifatkannya tidak wajar ke atasnya, ketika beliau disiasat.

NONEKhalid berkata, beliau hanya mendiamkan diri apabila polis berulang kali bertanya soalan tersebut kepadanya.

Beliau juga menerima segala teguran yang diberi oleh pihak polis kepadanya dan memberikan kerjasama penuh semasa sesi soal siasat dijalankan, katanya.

Khalid, 22, disiasat berhubung dakwaan bahawa beliau menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan 28 April itu berlangsung.
"Mungkin dia nak buat saya mengaku. Tapi memang saya tak tahu... Saya memang tak boleh nak bagi pengakuan sampai saya merayu pada anggota polis yang itu bukan saya," katanya.
Beliau bersyukur kerana kakaknya memberikan senaskhah tafsir al-Quran kepadanya ketika beliau ditahan di lokap polis.

"Syukur dibenar untuk membawa al-Quran. Saya rasa kalau tak ada al-Quran memang saya akan termenung je.

"Semasa dalam tu, saya baca al-Quran, saya sembahyang. Walaupun saya tak tahu pukul berapa, dah masuk waktu atau belum, saya sembahyang saja.

"Saya seboleh-bolehnya cuba bertahan dan tak menangis. Sehinggalah saya dibebaskan. Masa saya dibebaskan tu saya diam. Sebab saya masih terkejut," katanya lagi.

1 comment:

  1. tolong jangan campur adukkan politik dengan agama.... aku dah meluat dengan semua ni...

    ReplyDelete