free counters

Friday 30 December 2011

Cakap VC tak belajar undang-undang

Siswa UiTM jangan sertai 901-UTUSANMELAYO

SHAH ALAM 29 Dis. - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan agar tidak terlibat dengan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur bulan depan.
Ini kerana sebagai mahasiswa mereka perlu patuh kepada undang-undang negara dan tidak menjadi alat pihak yang tidak menghormati undang-undang.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, para mahasiswa UiTM sudah dididik untuk menjadi seorang yang mampu berfikir dan menilai sesuatu perkara sama ada ia mengikut laras perundangan atau sebaliknya.

''Saya memberi amaran keras kepada pelajar-pelajar UiTM supaya tidak terlibat dengan perhimpunan yang jelas mempunyai agenda yang boleh merosakkan keamanan negara.
''Kita ada 200,000 pelajar di semua UiTM seluruh negara mungkin ada seorang dua yang akan terlibat dan saya berharap mereka berfikir sebelum bertindak menyertai apa-apa perkara yang dilarang undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fakulti Muzik UiTM dengan The Actors Studio.

Hadir sama Penerbit Eksekutif The Actors Studio, Faridah Merican dan Pengarah Artistiknya, Joe Hafsham.
Sahol Hamid berharap mahasiswa UiTM yang dianggap seperti anak sendiri tidak mengingkari peringatan yang diberikan kerana perhimpunan haram kebiasaannya akan berakhir dengan demonstrasi yang sukar dikawal.

____________________________________________________________________________________________
INI CAKAP ORANG TAK BELAJAR UNDANG-UNDANG.
WAHAI ANAK MUDA ,
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DICIPTA BAGI MELINDUNGI KAMU.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN DALAM RUKUN NEGARA MENCATAT KEMESTIAN WARGA MENGHORMATI UNDANG-UNDANG.
PERKARA 10 MENGATAKAN HAK KAMU UNTUK BERKUMPUL.
INI CAKAP ORANG TAK SEKOLAH.
TAK FAHAM LAW.
NAMA JE ADA ir DAN DR. TAPI BEBAL.
SEBAB ITU ANAK MUDA PERLU BANTAH LAWAN AUKU.
INILAH PRODUKNYA NANTI.
PRODUK YANG TITLE LEBIH TAPI BEBAL.
TAK KRITIKAL MACAM DIA.
DENGAN PANDANGAN YANG MEREPEK.
WAHAI ANAK MUDA ,
BANGKIT MELAWAN
TURUN KE JALANAN.
KERANA ANAK MUDA PENCETUS REVOLUSI.
SAMPAI BILA MAHU BERDIAM DIRI ?
INI SUPAYA KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN 
WAHAI SI MUDA.

AYUH!

ANAK MUDA TOLAK UMNO!



No comments:

Post a Comment